Ni nak bercerita pasal persiapan hari raya. Tinggal 5 hari je nak masuk bulan Syawal. Excited tak korang? Hee tahun ni tahun pertama kita sambut puasa dan beraya bersama suami. Ada banyak perbezaan daripada tahun masa jadi anak terkepit bawah ketiak mak. Haha. Dulu mak yang prepared semua untuk anak-anak. Dari baju raya, jahitkan ikut kemahuan fesyen, persiapan juadah raya dan juga kuih raya. Tapi tahun ni aku kena plan sendiri nak buat apa,beli apa. Lagi-lagi tahun ni ada open house dekat rumah mertua. Adik beradik ipar da sibuk rancang itu ini. Yang kelakarnya, aku baru je beli kuih/kerepek raya je. Bermakna aku baru masuk langkah satu disaat-saat akhir. Hee!
Baju raya insya Allah rabu malam nak g ronda KL dengan suami dan akak abg ipar. Wee! Terasalah betapa kitorang takda masa nak prepare semua barang. Tambahan kekangan masa sebab terlampau paid attention pada kerja. Itulah masalah kami. Belum decide nak pakai warna apa untuk raya ni selain tema sedondon untuk raya ketiga dirumah mertua.
Sungguh,aku tak terasa suasana beraya unless dengar lagu raya yang super sedih. Mengingatkan aku pada keluarga yang nanti tak dapat ku cium dan mohon maaf kat mak dipagi raya. Ohhh pilunya hati. Sedaya mungkin aku kerap berbuka dirumah mak sementelah nak spend time dengan family.
Ok aku da mula rasa nak melalut lebih. Otak pun da start jem, hati ni dah start masuk episod sedih mengenangkan pagi raya tanpa disisi keluarga. Tapi aku bersyukur kerana raya ini bersama orang yang ku sayangi juga. Semoga semua kawan-kawan blogger sempat prepare semua untuk hari raya. Dont be like me,always late for nothing. Sorry.
*enjoy gambar kuih/kerepek raya aku untuk keluargaku & keluarga mertuaku. Ni choices aku dan suami akibat keletihan tawaf kilang jual kuih raya semalam. Hari ni akak & abg ipar sambung beli apa yang patut. Hoyeahh*
6 comments
nora dah anta awal2 kat keluarga mentua hehe , tinggal kerepek je belum :)
@anaztasias nora aira hee sheila baru step pertama ni kak. ayoyoyoyoooo
*risau takleh prepare semua :(
TAK BERAYA LAH MAKNANYA
shopping kat mana nanti tuh?? Jalan TAR ke??
Assalamualaikum @Papa Mifz , sheila shopping kuih/kerepek ni kat Kota Damansara je. Area perkilangan. hehehe. sebab dekat :)
tak beli asam asam ke lagi meriah raya!!
aida, kita beli asam satu jenis je.
hehehe tak reti makan asam lorhh..