Assalamualaikum...
Lagi 4 hari kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Kita nak share resepi lagi. Kita dalam mood rajin ni. Suka masuk dapur, asah bakat. Whatever lah sheila, haha. Ini salah satu favourite aku. Kalau beli daging, mesti nak buat menu ni. Menu ringkas yang menawan hati. Serius menawan tekak. Hakhak. Kat bawah ni, aku ada buat 2 masakan yang sama. Cuma differentnya satu lagi aku bubuh sayur kacang panjang. Nyumm nyummm..
Bahan-bahan :-
Daging - dipotong kecil
Kacang panjang -dipotong tirus
Sos tiram - 2 sudu besar
Lada hitam - ditumbuk halus
Tepung jagung - 1 sudu besar
Bawang besar - hiris nipis
Bawang putih - ditumbuk
Cili padi ( anggaran segenggam) - ditumbuk
Lada besar - hiris nipis
Bahan perasa - garam/ajinamoto
Cara-cara :-
Masukkan sedikit minyak selepas kuali panas. Gorengkan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan daging yang dipotong kecil tadi. Biarkan masak seketika. Tabur lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam kuali. Tuang air masak 1 1/2 cawan ataupun ikut anggaran daging yang dimasak. Masukkan bahan perasa ikut kesesuaian rasa. Masukkan lada besar,sos tiram sedikit dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Last sekali, masukkan sayur tambahan , kacang panjang sebelum tutup api. Siap!
*hee*
takda niat nak spoil puasa korang,
just nak share and post it :)