Assalamualaikum...
Ini entri berkenaan pasal makanan. Kalau ada sesiapa yang susah nak tahan nafsu bergelora dihati sebab berpuasa, sila buka link INI lepas berbuka nanti. HAHA. Lama tak update entri pasal makanan dan resepi.. Dulu rajinlah, tapi sejak berpuasa ni. Macam takut dan risaukan nafsu yang akan meluap-luap bila tengok gambar makanan. Kang terbatal puasa, rugi sungguh! ish ish ish...
Nasi ayam.
Planta - 2 / 3 sudu besar
Bawang putih - 5 ulas
Bawang merah - 2 biji
Halia - 5 cm *diketuk*
Serai - diketuk
Daun pandan - diracik
Kayu manis - 1 batang
Buah pelaga - 5 biji
Bunga lawang - 1 kuntum
Bunga cengkih - 5 kuntum
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Tumis semua bahan diatas bersama planta sehingga naik bau dan warna keemasan. Masukkan beras (ikut berapa kepala & perut nak makan). Yang penting masukkan air ke dalam tumisan tadi. Air harus ikut sukatan macam masak nasi biasa. Kalau beras 2 pot, air kena lebih. Hehe. Semua orang tahu basic kan..
Sup Ayam.
Minyak - sedikit sahaja
Bawang merah - 2 biji
Bawang putih - 5 ulas
Kentang - 3 biji (potong kecil)
Lobak - 1 biji (potong kecil)
Tomato - 2 biji (potong kecil)
Kayu manis - 2 batang
Bunga lawang - 3 biji
Garam - secukup rasa
Daun sup - dihiris
Tumis semua bahan diatas sehingga naik bau dan warna keemasan. Masukkan air separuh periuk, masukkan ayam dan biarkan mendidih. Jangan lupa masukkan bahan perasa secukupnya. Tomato masuk last sekali bila dah siap masak. Takyah kasi dia layu. Kalau ada yang suka letak ajinamoto. Dipersilakan. Kuantiti sedikit je okeh.. jaga kesihatan seisi keluarga. miahaha. Kayu manis & bunga lawang boleh ditukar dengan sup bunjut adabi yang ada dijual dipasar-pasar.
Ayam goreng.
Kicap pekat / manis - 2 sudu besar
Sos tiram - 1 1/2 sudu besar
Ayam - yang dah direbus
Adunkan sebati kicap manis/pekat bersama sos tiram. Kemudian gaul bersama ayam yang dah direbus. Panaskan api, dan goreng ayam seperti biasa. Untuk yang lebih sedap, letak madu dalam adunan sos tiram dan kicap manis/pekat tadi. Rasanya memang sedap.
Sambal (1) kicap.
Cili padi - lagi banyak lagi pedas
Bawang putih - 5 ulas
Sos tiram - 2 sudu besar
Tumbuk cili padi bersama bawang putih sehingga lumat. Tuang sos tiram dalam adunan tadi. Ini versi sambal kicap johor ye. Siap!
Sambal (2) cili merah.
Cili merah - lagi banyak lagi pedas
Lada besar - 1 biji
Tomato - 1 biji
Cuka/ garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Ajinamoto - secukup rasa
Kisar cili merah,lada besar dan tomato. Masak dengan api sederhana sehingga pekat. Tambah gula,ajinamoto, garam/cuka secukup rasa. Siap!
*Hidang panas-panas bersama timun dan salad. Banyakkan sayuran lagi bagus untuk kesihatan korang. Jangan lupa taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng dalam sup ayam tadi. Nyumm nyummm ! -hanya perlukan 20 minit utk masak ini. Cubalah resepi daripada mak kita :)
2 comments
woowww.. bole cuba nih.. thankz for the resepi....
hee my pleasure yuyu!
nanti dah jadi, gtau eh.. :)