RESEPI : KARIPAP PEDAS | norsheilasalleh.blogspot.com

RESEPI : KARIPAP PEDAS

Assalamualaikum...

Ni entri pertama berkenaan kuih! First time kasi tutorial membuat kuih. Kuih paling sinonim dengan orang Melayu. Kuih apa kawan-kawan? KUIH KARIPAP! Teheee. Dah 2 kali aku buat, first sebelum tunang dulu. Second baru-baru ni buat.. Heee! Biasanya aku jadi terlebih rajin pun bersebab. Ada orang request, ada lah dibuatnya aku. *nampak kemalasan aku kan?* Okey sila abaikan... Mari masuk ke segmen Dapur Puan Sheila :)

Bahan-bahan :-
Tepung gandum - 1 peket
Kentang (6 biji) - potong dadu
Bawang besar (3 biji) - potong dadu
Bawang putih (1/2 labu) -potong dadu
Ayam / Daging - potong dadu
Serbuk kari / daging - 3 sudu besar @ lebih
Serbuk cili powder - 3 sudu besar @ lebih
Daun bawang / daun sup - dihiris
Garam/gula/ajinamoto - ikut sukahati korang

Cara-caranya :-
Step 1 (doh) :
1) Panaskan kuali, masukkan minyak masak dapat 5 sudu besar. Tutup api setelah minyak panas.
2) Masukkan tepung (1/2 peket), campurkan minyak masak yang dipanaskan tadi. Uli/ gaul sehingga campuran sebati. Masukkan juga air masak bagi memudahkan tepung menjadi doh. Campurkan lebihan tepung agar doh tidak terlalu berminyak (risau doh terlalu rapuh bila goreng nanti)

Step 2 (Isi karipap) :
1) Masukkan bawang putih, bawang besar, kentang bersama air (3 cawan) ke dalam kuali tanpa minyak.
2) Masukkan serbuk kari ayam/daging, serbuk cili powder dan bahan perasa ke dalam kuali. Gaul sebati.
3) Masukkan ayam/daging yang didadu tadi, biarkan adunan itu masak sehingga adunan menjadi kering.
4) Tabur daun sup/daun bawang untuk hiasan.

Step 3 (Karipap) :
1) Korang dah boleh uli doh dan masukkan inti untuk menjadi karipap yang delicious! hee (aku tak larat nak buat tutorial untuk step ke-3 ni, heee)
-sila tengok gambar rajah ye :)
*yang sempat buat*
*bungkus, bawak balik rumah. Hee*
*resepi 100% copy daripada mak tercinta*

p/s : aku tak mampu nak buat banyak sebab aku buat sorang-sorang je ni. Time puasa pulak tu. Hahaha. Banyak juga komen positif diterima daripada cousin suami, akak ipar dan keluarga aku.. Terima kasih korang sudi merasa air tangan aku.

2 comments

August 16, 2012 at 8:03 PM

rajin buat karipap senang senang pos lah ahahaha

August 24, 2012 at 9:54 AM

hahahhaa tak rajin ohhh. hahhahahaa

Post a Comment