KISAH DI BAZAAR RAMADHAN | norsheilasalleh.blogspot.com

KISAH DI BAZAAR RAMADHAN

Assalamualaikum...

Rasanya sepanjang bulan puasa selama 2 minggu ni, baru 3 kali jejak bazaar ramadhan kat area perumahan. Kalau ada yang duduk Sungai Buloh, mesti tahu punya kat mana lokasi bazaar tersebut! Miahahhaaa. Kerana tak sempat nak masak, jam menunjukkan pukul 7 malam. Dengan sepantas kilat kami suami isteri fikir juadah apa nak makan. Sambil jalan-jalan tu, hidung ni terbau bau yang sungguh menyelerakkan anak tekak yang menahan nafsu ni. Bau apa lagi, bau ayam goreng lah! HAHA. Tercari-cari booth yang jual ayam goreng tu. Ohhh tidak ku sangka, bila puasa ni hidung dan pemikiran aku jauh terpesong. muahaha. Nasi kukus + ayam berempah! Terus hulur duit untuk bayar. Nyummi nyummi :)
Pastu, gerak booth lain. Suami beli nasi campur (nasi lebih), lauk cuma ikan pari masak asam pedas (saiz kecil) + daging masak hitam (4 ketul). Bila diberitahu harganya RM9.00 memang terbeliak besar mata suami. Suami repeat dengan nada kuat dan terkejutnya! Aku pula blurr sungguh, tak backing suami. Suami jadi marah. Tidak rasional harga tersebut! Malah rasanya kurang sedap. Kesian suami, nasib baik aku belikan roti john. Kenyang juga perut beliau lepas berbuka tu.
Dah target, taknak masuk bazaar tu lagi. I rela masak even dah lambat. Takmuh buat suami sedih & marah lagi =.='

*Tak sempat nak snap gambar makanan tu!*
*Ada sesiapa yang dah terkena macam kitorang? Jum share kat sini*

8 comments

August 6, 2012 at 1:53 PM

hihihi duduk sungai buloh ek?
eh kite pon suke nasi kukus dgn ayam rempah! :D
hohohooh macam da normal bulan puase adela harga mahal :p bestnye sheila pandai masak. kte still kene beli2 lagi. sangat tak pandai masak :'(

August 6, 2012 at 2:02 PM

aah, rumah kita dekat2 je dengan eyesha! *kecil betul dunia kan?*
sap sikittt! nasi kukus berempah memang gila gojes ohh.. sheila tak pandai masak, tapi suka mencuba je..
jum slow2 jadi chef di rumah! ayuh :)

August 6, 2012 at 2:04 PM

hoooo tu la. hihiih bley la jumpe2 sha.hihihi :D

ehem. kalo ade resipi sile share kat blog keyh. bley kte cube gak. hihi :D

August 6, 2012 at 2:06 PM

hehehe, ingat memang nak g jumpa dia pun.. insya Allah, mmg sheila share resepi yang sheila tahu.. nanti sheila buat label, puteri jenguk label eh ?

August 6, 2012 at 2:07 PM

oh da ade share resipi eh? em! skrg jugek nak godek2 blog nih hihiih :D

waaaaaa bestnyeeeeeeee hihihi :D

August 6, 2012 at 2:09 PM

ada, ada...
label 'aku bukan chef'
heheheh
*sorry resepi tak berapa gojes pun
muahhahaa

August 6, 2012 at 2:10 PM

hehe da tengok!! nih tahap org sangat tere nihh!!!! :D untung somi sheila hihiih :)

August 6, 2012 at 2:11 PM

manada teror!
nak kasi suami makan pun, fikir 2-3 kali.. risau dapat bad comment je. heheee

Post a Comment