RESEPI : MEE HAILAM | norsheilasalleh.blogspot.com

RESEPI : MEE HAILAM

Assalamualaikum...

Rasanya bulan puasa ni macam syok je kalau layan menu-menu berbuka yang jarang dapat makan dan cuba masak resepi yang tak pernah masak. Ye! Aku gigih nak tajamkan ilmu memasak dek kerana sudah berkahwin. Muahaha. Kalau time bujang dulu, mak sorang je chef kat rumah. Tu pasal aku lemah dalam memasak. At last, im try my best for him :)

Semalam kita masak sambal telur & menu sampingan iaitu Mee Hailam. FYI, aku tak pernah buat resepi ni. Makan pun sekali dua je kut, pastu lupa langsung apa rasa mee hailam tersebut. So, aku singgah blog masak-masak yang currently aku follow ni. Mama Tisya yang gojes bab dapur. HEHE! Ni aku nak share resepi mee hailam, sambal telur tu simple je kan. Takyah bagi pun takpe kut. Muahaha...
Bahan-bahan :-
Sebungkus mee kuning - direbus terlebih dahulu bagi hilang kanji
Daging / ayam - potong ikut citarasa
Udang - buang kepala saja
Sotong - potong ikut citarasa
Bawang merah - dihiris nipis
Bawang putih - ditumbuk
Cili padi (anggaran segenggam/ ikut sukahati korang) - ditumbuk
Sawi - potong ikut citarasa
Carrot - potong ikut citarasa
Daun sup - dihiris
Kicap manis - 1 sudu
Sos tiram -2 sudu
Sos cili / tomato - 1 1/2 sudu
Tepung jagung - 1 sudu
Garam / gula / ajinamoto - secukupnya

Cara-cara :-
1) Basuh mee kuning tersebut dan rebus sehingga mendidih. Disarankan jangan sampai mee tu kembang sangat. Kang nak makan pun, tekak ikut kembang sekali. Teheee! Lepas tu, tos mee dan basuh sekali lagi bagi mengelakkan mee jadi melekat.
2) Panaskan kuali, goreng bawang merah yang dihiris nipis bersama cili padi & bawang putih yang ditumbuk sampai naik bau.
3) Masukkan daging/ayam,udang,sotong ke dalam kuali.
4) Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
5) Pastu korang campur segala sos (cili/tomato & tiram) dan kicap pekat. Taruk sesudu besar tepung jagung *untuk likatkan kuah mee hailam tersebut*
6) Agak2 dah didih tu, taruk perasa secukupnya.
7) Bubuh mee kuning, sawi dan carrot. Gaul rata.
8) Hidang bersama hirisan daun sup ye :)
Hee!

2 comments

August 15, 2012 at 11:52 AM

akak pn bkn slalu masak...bila dtg mood tu baru masak tu pn simple2..hehehe

August 15, 2012 at 12:08 PM

@mama tisyayang penting akak salah satu sumber inspirasi sheila. hehe. ni resepi baik punya follow akak. hehehe

Post a Comment