6 PERKARA TENTANG SAYA II | norsheilasalleh.blogspot.com

6 PERKARA TENTANG SAYA II

Assalamualaikum...



Dapat tahu segmen ni daripada Blogger Zon Permaisuri Chomel 
-Segmen bermula 31 Oktober - 30 November (mungkin dipanjangkan atau dipendekkan)
-Tag 2 kawan iaitu - Puteri binti Ahmad & Eyesha Zaidin
-Tujuan segmen ini adalah untuk :-
   * Mengeratkan silaturrahim antara blogger
   * Berkenalan dan mengetahui serba sedikit tentang anda
   * Berkongsi suka duka
   * Memanfaatkan masa yang ada 
   * Banyak lagilah .. sila tambah sendiri ye. 

6 PERKARA TENTANG PUAN SHILOT (~.<)

1) SUKA SENYUM. Ini gejala paling sihat yang aku suka buat. Suka senyum walaupun seorang diri. Senyum kat orang lain boleh dapat pahala tau. Inilah pengubat hati yang lara. Senyum ni lah buat suami cair tau. miahahaha.

2) PENTINGKAN KEBERSIHAN. Tabiat berjangkit daripada mak! Selalu tengok mak buat itu ini masa kecik-kecik dulu. Pastu tiru! Alhamdullilah, tak sangka sampai sekarang masih lagi suka mengemas dan pentingkan kebersihan. Tak perlu nak hire orang gaji kat rumah tu! hehehe.

3) KUAT BERJENAKA DAN BERPERANGAI GILA. Kalau betul-betul mengenali diri ni, aku memang seorang yang penuh dengan sense of humor. Biasanya overdose bila dikelilingi kawan baik dan keluarga. Kalau dekat ofis, kena tapis sikit perangai ini. Sebab tempat kerja adalah sangat tak best. hihi.

4) PENGGELI. Geli dengan kucing! Tak suka binatang yang berbulu-bulu. Tapi sukakan serangga seperti lipas, ular dan lain-lain. Pernah dulu, anak kucing melompat atas meja makan masa lepak maple. Aku ikut melompat lari juga daripada kerusi. HAHAHA. Malu gila semua tengok time tu =.=' Suami ada juga utarakan cadangan nak bela kucing, tak sanggup oii lompat-lompat dalam rumah. Cadangan direject! hihi

5) KADANG KALA SENSITIF. Terlebih emosional bila tibanya 'ABC' (Allah Bagi Cuti). Selalunya masa inilah orang lain tak berani nak kacau lebih. Risau angin tak berapa baik. hehe. Marah setakat 30 minit pastu ok balik. No worries.

6) PENYAYANG. Aku paling kuat sayangkan orang. Even jumpa sekali je kawan tu, pastu dah boleh sayang dan rindu. hihi. Normally kat perempuan lah. Kawan lelaki tak termasuk dalam senarai disayangi. hihi. 

18 comments

November 6, 2012 at 11:18 AM

wah thanks sudi join..huhu..salam kenal jugak kak..:)


huhu..kina takut pada lipaw..huhu...:)

wah bagus nyh..kebersihan amalan mulia kan..suka2..


sekali lagi thanks sudi join..:)

Anonymous
November 6, 2012 at 11:19 AM

selamt bersegmen hehehe.. boleh kenal dgn lebih rapat bial baca n3 ini

November 6, 2012 at 11:32 AM

patutla dah tak mesej tak call aku... aku laki walaupun aku abg kau...

November 6, 2012 at 11:52 AM

miahahha maaflah bro.
aku rasa takda pun terima mesej call kau? hahaha
dah tunang belum korang?
tak sabar nak makan nasi minyak ni. hihi

November 6, 2012 at 11:53 AM

terima kasih KA, hehhe jemput joined segmen hehehhee
boleh tambah kenalan lagi :)

November 6, 2012 at 11:53 AM

sama-sama kasih kina. hehehe segmen gini paling bagus. sebab boleh tambah kenalan dan kenali kenalan dgn lebih mendalam. ehem. selamat maju jaya kina :)

November 6, 2012 at 2:20 PM

postpone lg la, kami berdua bz,, :) tp takpe, lambat laun die pasti milikku

November 6, 2012 at 2:23 PM

takpelah, yg penting kau da bersungguh-sungguh kan.
insyallah akan tercapai juga. hihi tak sabar nak ada kakak ipar :)

November 7, 2012 at 4:43 PM

selamat menjoin kan diri sheila :)

November 7, 2012 at 4:47 PM

terima kasih adyna. hihi

November 7, 2012 at 5:09 PM

Yuni kuat nangis tapi Yuni akan terlampau sensitif kalau time ABC. Time tu, walaupun benda kecil mesti Yuni akan nangis

November 8, 2012 at 10:03 AM

Yuni, kena kawal sikit emosi tu. Nanti risau org terdekat kecil hati. okey? yuni anak manja ek? hihi

November 8, 2012 at 12:25 PM

Hi dear! Wah best entri ni! ^^ Jom singgah saya pula.. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/me-as-gypsy-girl-in-urban-street.html

November 8, 2012 at 1:07 PM

terima kasih Aimi! saya dah singgah saya :)

salam perkenalan ye

November 10, 2012 at 1:57 PM

dtg dari segmen yg sama...selamat berkenalan...^_^

November 12, 2012 at 10:13 AM

Terima kasih Cik Que sudi singgah sini. Salam perkenalan juga :)

November 20, 2012 at 11:57 PM

dr segmen yg same,,

heheh 2 n 3 tu kite samelah,, pantang nmpak baju sgkut2,kalau kt umah adik2 kene bebel suruh kemas,heheh

pastu perangai gila2 gaklah,,kalau yg xkenal ckp saye ni smbong=)

November 21, 2012 at 11:06 AM

norhahfeza- hehe, betul ke? baguslah.mesti rumah kemas cantik berseri. hihi. salam perkenalan daripada saya :)

Post a Comment