BR1M 2.0 | norsheilasalleh.blogspot.com

BR1M 2.0


Assalamualaikum...

Nak bagi info dekat korang-korang semua. Kalau pendapatan korang bawah RM3000 silalah baca entri ini dengan lebih lanjut. BR1M 2.0 dah keluar.

 Borang boleh didapati di :-
  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M 

Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M
boleh cetak keluar , klik ini

Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika : 
  1. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  2. Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013 

Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500
  1. Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon. 
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250
  1. Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah
  3. Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Ada pendapat mengatakan, adalah lebih baik menghantar “printed version” daripada e-version (eBR1M) semata. Ini kerana walaupun sudah ada ruangan yang tertera nombor akaun bank, BR1M 2.0 tidak akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun penerima.

Penerima BR1M 2.0 yang layak akan menerima surat rasmi daripada LHDN yang bercop rasmi dan mesti hadir ke pusat khidmat ADUN masing-masing untuk mengambil sendiri voucher BR1M walaupun berpapah, berkerusi roda hatta berbaring di atas stretcher sekalipun. Apabila ada  ”hardcopy” bagi borang BR1M 2.0 senang untuk rujukan di kemudian hari.

p/s: dah isi secara online, hihi
rujukan : beritasemasa

2 comments

Anonymous
November 14, 2012 at 4:04 PM

tq share yg ini ye!

November 14, 2012 at 4:07 PM

sama-sama kasih KA!

Post a Comment