Seperti yang dijanjikan semalam, aku akan review blogger yang dah jadi follower blog ♥ Triple -S ♥ sepanjang bulan November. Tapi rasa-rasa korang ada yang tercicir, sila bagitau ye. Tanpa korang, sepilah blog ni. Tsk tsk tsk. Sebelum aku mula berdrama kat sini, baik aku straight to the point. Setiap hari aku akan amik 3 blog secara pukal untuk direview. hehehehe. Aku harap blogger-blogger lain akan blogwalking ke blog yang direview nanti ok? Korang kan baik hati? Miahahha. Sayang korang !
Blog pertama : Ceritera Sang Puteri adalah blog kepunyaan Nory Zoulkefle. Beliau adalah isteri orang ye (sama macam aku juga). hehe. Blog ini boleh dikatakan ceria dan menarik terutama penggunaan background berwarna merah hati. Whoahh jarang sekali digunakan. Header beliau pun kiut, sebab bubuh gambar bersama suami tercintanya. Amboiii sweet je mata aku tengok.
Blog kedua : Simple Syara aka Shinee World ni comel sangat! Si kecil bernama Syara ni baru berusia 14 tahun yang sukakan warna biru (i guess so). hahaha. Blog dia kemas. Redup mata memandang. Kalau rasa nak kenal si kecil comel ni, sila klik direct link bawah gambar ye. hehehehe.
Blog ketiga : Little Cunderella, nama yang unik untuk blog. Aku ingat Cinderella, Cunderella rupanya. Pandai dia manipulasikan aku. hahaha. Si kecil ni baru masuk 16 tahun, if im not mistake lah. Blog dia pun comel. Well, kenapa blog diorang comel sangat ni? Geram rasa nak gigit je! Cuma satu je nak komen kat adik Jannah, akak nak tengok previous entry tapi takda blog archive. Susah la dik. Mohon tambah gadget blog archive ye. Senang nak selongkar blog adik Jannah nanti :)
10 comments
sheilaa...thanks syg..terharu nory, sheila review blog nory yg tak seberapa tu...hehe
sama-sama kasih nory.. hehe tu tanda terima kasih sebab sudi jadi kawan kat blog sheila :)
cantiknye header cerita sang puteri tu =) suke2
shahfeza-aah cantik macam tuan blognya. hehe. jenguklah blog dia ye :)
rajin nye... best2, boleh mar pg blogwalking kt blog diorng..
thanx sheila :D
sama-sama kasih cik matahari! rajin sbb tanpa followers, blog ni sunyi tanpa pengunjung. hehehe. nanti mar pun akan direview. tunggu je :)
Thanks akak :D kay bangga *lap air mata* thanks tau :D
sama-sama kasih Simple Syara sayang!
hehehhe *kesat air mata jugak*
x)
akak , thanks review blog adik :) sorry late respon coz baru dapat blogwalking :) okay . adik tambah gadget tu :* ily xD
terima kasih dik, sudi terima komen daripada akak :)