RESIPI - AYAM GORENG BEREMPAH | norsheilasalleh.blogspot.com

RESIPI - AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum...

* perapan tersebut * 
* sedap betul tengok ayam goreng *
* ini bukan hangus, warna keemasan. hahaha *
* Nasi Lemak bersama Ayam Goreng Berempah *

Resipi ni aku amik daripada fav blogger yang memang super memasak iaitu Kak Ana. Try follow ingredient yang dia olah sendiri. Alhamdullilah menjadi. hihi. Jum tengok apa bahan-bahan yang diperlukan :-

Bahan utama :-
1/2 ayam

Bahan dikisar :-
2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
6 batang serai
5 inci halia
5 inci lengkuas

Bahan perasa :-
Garam
Serbuk kunyit (ikut suka hati)
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging baba's
Daun kari (ikut citarasa korang)

Cara-caranya :-
Perap semua bahan yang dikisar dan bahan perasa bersama ayam. Peraplah selama yang korang suka. Jangan perap setahun sudah lah. hahaha. Aku perap dalam 1/2 jam je sebab dah kebulur dah suami isteri. hihi. Goreng dalam minyak yang panas. Sebab ayam yang digoreng tu tak melekat dengan kuali dan membolehkan tekstur ayam goreng tu nampak cantik dan tidak cacat. hehee. Kalau boleh goreng bersama lebihan perapan untuk mendapatkan kerak-kerak disamping ayam goreng tersebut. Siap dan boleh dimakan begitu sahaja mahupun bersama nasi.