*alert*
Membaca tak salah, memang bagus! Kalau nak cepat pandai, kena rajin membaca - ini ayat seorang cikgu yang mahu mendorong anak muridnya masuk perpustakaan dan membaca. hehe. Selalunya membaca ni disalahertikan. Contohnya, membaca buku lucah. Hey! Kenapalah ada pihak terbitan yang sanggup rosakan akhlak seorang manusia ya? *wondering*
*main issue here*
Aku mula berjinak dengan karya pertama SR pada tahun 2009. Disebabkan minat aku yang tinggi dalam bidang penulisan, Siti Rosmizah (SR) aku letak sebagai idola aku. Memang ada ramai penulis novel yang masyhur di Malaysia, tapi SR tetap no 1 dalam hati. *poyolah ayat aku* No 2- Ahadiat Akasyah. No 3 takda lah. hahahhaha
Terima kasih suamiku yang sudi bawa pergi kedai buku, beli novel ke 5 hasil tulisan beliau iaitu Takdir Itu Milikku yang memang bikin mata berair beb! Ngam-ngam masuk kedai, nampak buku tu. hehe. Rujuk sini kalau nak tahu karya beliau yang terdahulu. Dulu SR bernaung bawah terbitan Buku Prima, sekarang beliau mampu berdiri atas kaki sendiri dan mempunyai novelis-novelis lain yang bernaung dibawah syarikat terbitannya. Alhamdullilah syukur, sheila doakan kejayaan beliau hingga ke antarabangsa! Tapi sekarang dah makin banyak koleksi aku. Aku suka terbitan 'Buku Prima, Roket Kertas, Kaki Novel, Alaf 21, Jemari Seni. Semua memang best *pengsan*
Inilah hobi aku dimasa lapang, baca buku novel
dan beli buku novel untuk koleksi...
i love to read book!
selalu digelar ulat buku
bukan ulat bulu okey!
*happy*
p/s : sedang mencari buku novel terbaru yang super hot !
2 comments
saya pun suka membaca..kalau boleh nak ada library kecik sendiri :))
saya follow awak :D
hai saila! good2. membaca ni best kan. imaginasi mesti power lepas tu! hahaha i follow u back :)