2 Kaedah Tunai Haji Melalui KWSP | norsheilasalleh.blogspot.com

2 Kaedah Tunai Haji Melalui KWSP

Assalamualaikum...
Dah lama dalam draft, hampir berdebu entri ni. Oleh kerana keluarga mertua menunaikan umrah bermula ahad 26 Mei 2013. Sesuai sangat untuk di-share dengan semua. Tertangkap topik ni dalam majalah Mingguan Wanita. Terbuntang mata nak memahami isi kandungannya.
sheila shahfiekry
Mingguan Wanita bilangan 1532
untuk 29 Mac - 04 April 2013
Sebenarnya tak ramai ahli KWSP beragama Islam yang sedar tentang 2 kemudahan yang disediakan KWSP dalam urusan menunaikan haji.

*** Kemudahan pertama ialah pengeluaran secara langsung dari Akaun 2 KWSP untuk menampung sebahagian kos menunaikan haji. Kita juga holeh melihat kemudahan ini sebagai satu sokongan kepada dana Tabung Haji yang sudah sebati dengan bakal-bakal jemaah haji.

*** Kemudahan kedua membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Perbezaan utama antara kemudahan pertama dan kedua ialah dari segi pengeluaran. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KSWP mereka kerana kemudahan kedua ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.

Mereka yang layak perlu memenuhi syarat berikut :-
* Beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
* Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap
* Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
* belum mencapai umur 55 tahun

Untuk daftar ahli KWSP boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Oleh kerana pendaftaran cuma atas nama individu ahli berkenaan, dia tidak boleh membuat pendaftaran bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak. Ahli yang tidak mempunyai Tabung Haji boleh membukanya dengan deposit minimum RM2.

Peringatan, ada ahli yang cuba ambil kesempatan dengan mendaftar semata-mata atas harapan dapat "potong jalan" supaya dapat mengerjakan ibadah haji dengan lebih cepat. Ternyata mereka kecewa kerana pemergiaan haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Sekiranya ada ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini, mereka boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada. Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.

Mereka yang menjadi ahli KWSP dan ditakdirkan hilang upaya boleh membuat Pengeluaran Hilang Upaya tetapi TIDAK AKAN DIBERI KEISTIMEWAAN untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, walaupun mempunyai simpanan yang mencukupi. Prinsipnya masih sama iaitu pemergiaan haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji yang sudah ditentukan oleh Tabung Haji.

Kita sudah hampir sampai ke penghujung artikel ini. Mungkin ada pembaca akan bertanya soalan ini? Bolehkah saya mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji? Kunci kata di sini "keseluruhan". Dukacita dimaklumkan "Tidak Boleh", atas alasan simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Kalau masih ingat lagi, memang kemudahan pertama mengizinkan pengeluaran dari Akaun 2 tetapi terhad kepada RM3,000 (pada artikel ini ditulis). Dana untuk mengumpul wang memerlukan anda mencari simpanan tambahan dari akaun-akaun bukan KWSP seperti Tabung Haji, Takaful, akaun mudharabah dan lain-lain. Hati-hati agar memilih akaun yang patuh syariah 100 %.

Pembaca artikel ini dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan syarat-syarat terkini dalam laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

credit : Mengurus Kewangan - Majalah Wanita bilangan 1532, 29 Mac - 04 April 2013.

33 comments

May 24, 2013 at 5:18 PM

nice sharing..:)

May 24, 2013 at 5:28 PM

thanks asyikkk :)

May 24, 2013 at 9:26 PM

baru tau ni,....baguslah kwsp ni,..

May 24, 2013 at 10:07 PM

Saya memang sedar akan skim ini tetapi was-was untuk digunakan sebab sumber pelaburan KWSP.

May 24, 2013 at 11:58 PM

waaa...bagus info...
kalau x sampai bila2 la x tau...


HOT : Kolam renang terbesar di dunia
TOP : Kolam renang palsu
POPULAR : Rumah mewah selebriti
GEMPAK : Memandu kapal terbang dengan ketinggian yang rendah
PELIK : Jam termahal di dunia

Dan banyak lagi di : Green Life

May 25, 2013 at 12:48 AM

assalam,
satu perkongsian yg baik...

May 25, 2013 at 1:58 AM

Sya dh msk skim pencen..xdak KWSP dah..huhuhu
BTW good sharing..;p

May 25, 2013 at 6:09 PM

Entri yang sangat bagus ni Sheila, rasanya masih ramai yang tak tahu tentan perkara di atas. Syabas.

May 27, 2013 at 9:43 AM

kak izan. kalau rasa was2, boleh terus berhubung dengan pihak KWSP sendiri ya :)

May 27, 2013 at 9:44 AM

bro, dinasihatkan kalau rasa was2, boleh terus berhubung dengan pihak KWSP sendiri ya :)

May 27, 2013 at 9:45 AM

thanks ISs, semoga bermanfaat entri ini buat semua :)

May 27, 2013 at 9:46 AM

waalaikumusalam bunda. alhamdullilah. semoga bermanfaat buat semua :)

May 27, 2013 at 9:57 AM

ekk, dah habis duit pencen eh kak? takpe, boleh mula menabung melalui Tabung Haji. hehehhe :)

May 27, 2013 at 9:57 AM

Terima kasih kak lynn. insyallah. semoga berguna untuk semua :)

May 27, 2013 at 10:59 AM

banyak kelebihan KWSP ni kan..

May 27, 2013 at 12:09 PM

yap. insyallah mempermudahkan kita semua :D

May 27, 2013 at 2:16 PM

banyak kelebihan KWSP ni sebenarnya. even akak bekerja govt, tp akak x amik pun skim pencen. akak teruskan jugak dgn KWSP. sbb ada planning di masa akan dtg. hehehe

May 27, 2013 at 2:24 PM

bagusnya kak suria. hehehe :)

May 28, 2013 at 10:29 AM

berkongsian yg bagus shiela.. :)

May 28, 2013 at 10:47 AM

semoga bermanfaat buat semua. insyallah, thanks za :D

May 28, 2013 at 2:56 PM

tq berkongsi info tsebut..nti nk suruh HB baca pula...hihi

May 28, 2013 at 3:00 PM

my pleasure QH! hehhehe :)

May 28, 2013 at 4:33 PM

banyak faedah under kwsp...asih terfikir2 nak teruskan kwsp atau pencen gov..heheee...

tapi kalau dh daftar haji, still kena tggu giliran kan.... ermm...

nanti kalau ade anak, anak baru satu tahun, better g daftarkan anak untuk buat haji...sebab nk tggu tu punyelah lame..hehe

May 28, 2013 at 4:41 PM

betul awak, kena bijak berfikir lah. sheila pun baru planning nak daftar. dalam masa 25 tahun lagi insyallah giliran akan tiba. hehehhe

May 29, 2013 at 3:37 PM

thank u sheila ! ma namee pun cadang macam tu juga. part kwsp yang boleh guna tu dia nk guna untuk gi haji. :)

May 29, 2013 at 3:49 PM

my pleasure sayanggg! jom daftar sama2.... nak tunggu giliran tu, allahuakbar. lama kot. akak ipar sheila kena tunggu lagi 25 tahun... kita? allahualam...

June 5, 2013 at 12:00 PM

pernah terfikir satu hari nanti nak pergi haji melalui duit kwsp..jika diizinkan..

June 5, 2013 at 2:41 PM

insyallah. mudah-mudahan impian kita tercapai :)

June 6, 2013 at 11:09 AM

good info yunk.. tahnx sgt2!

June 6, 2013 at 2:09 PM

alhamdullilah. my pleasure sis :)

June 11, 2013 at 1:14 PM

oh mcm tu.... bagus juga ya. akak ade tabung aji, dan ade KWSP tapi er.. jumlah akak memang failed untuk dpt kelulusan. hihi.

June 11, 2013 at 6:00 PM

takpe kak mai, slow2 menyimpan. insyallah boleh dapatkan kelulusan ni nanti :)

July 26, 2013 at 4:12 PM

dah buat...tak sabar nak buat untuk anak lak nanti ni tapi pakai cash la

Post a Comment