REZEKI MOHON GRILL HAMPIR SETAHUN +_____+ | norsheilasalleh.blogspot.com

REZEKI MOHON GRILL HAMPIR SETAHUN +_____+

Assalamualaikum...
Tinggal seminggu lebih je genap setahun aku tinggal kat rumah sewa ni. Alhamdullilah syukur, sejak jiran sebelah baru masuk ni. Landlord banyak betulkan itu ini demi keselesaan dan keselamatan kami. Aku dah lama nakkan grill untuk pintu depan dan belakang rumah.

Yelah dah duduk di perkampungan ni mesti ramai tak bajet nak buat grill kan? Tetapi bahayanya tetap ada tau. Tak kiralah daripada manusia mahupun binatang. hihi. Aku syak kalau ada kawan-kawan mai rumah aku, mesti tumpang rasa kesian. Rumah kitorang ni rumah tengah tau. So dapur kat rumah kitorang ni dia buat lain pattern sikit. Bahagian tengah rumah, antara ruang tamu dengan pintu belakang rumah. Mesti korang terfikir acaner aku masak setiap kali kan? Tolonglahhhh, jangan biarkan aku cerita kat sini. Sadis wehhh. Sadis sungguhhh +________+

Memang ada kepentingan sangat grill ni dipasang. Contohnya ialah aku boleh memasak tanpa meninggalkan asap tebal dan bau yang kuat kat dalam rumah. Ada faham tak? Tersirat ni maksudnya. hihihihi.......
Kelihatan lembaga dalam gambar ni, jangan khuatir ya. Itu suami aku. Elok je aku nak snap, dia interframe. I redhaa saja. Aku terus bagitau nak tangkap gambar pintu rumah yang takda grill ni. hihi. Buat kenang-kenangan je. Pastu senyap-senyap update dalam blog. hahaha. Bini siapalah ni.. *sorok muka*
Anak landlord dah janji nak pasang grill ni masa hari bekerja. So aku bagi kunci rumah dekat akak ipar, pesan tengokkan rumah. Lagipun rumah dia pun dapat grill baru. Yehaaaaaaaaaa. Kami suka! Ada lagi pesanan lain, minta dia tangkap gambar proses nak bubuh grill tu. hihihi. Sengal kuasa dua dah ni. hahaha. Lantak. Janji sekarang dah senang hati...
Semalam, seharian kat tempat kerja dok terfikir dan terbayangkan rumah je. Acaner rupa grill, acaner rupa tukang grill. Eh dah salah tulis ni. hihi. Memang jenis tak penyabar punya orang kan. Gitu lah. Berangan tak sudah. Sampai rumah je, terus. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *versi lagi panjang* 
Seperti dalam penjara, kata suami. haha. Yang penting, terasa selamat! Pasni tak perlu risau nak duduk rumah sorang. Percaya tak, setiap kali orang ketuk pintu rumah aku bawak pisau dapur kat tangan? hahahaaa. Aku tiru gaya mak aku. hahaha. Sejak rumah mak kena pecah masuk 2 tahun lepas, kami sungguh berhati-hati. heeee.
Jemputlah datang ke rumah, insyallah. Biskut kering, air manis dihidangkan. hihi (^___^)

24 comments

May 16, 2013 at 10:36 PM

X kisah la mcm penjara ke apa, janji selamat kann..

May 17, 2013 at 1:46 AM

semoga diberikan perlindungan oleh-Nya

May 17, 2013 at 7:10 AM

pergh.. siap bawak pisau kat tangan.. nasib baik tak bawak kapak sekali.hehehe

May 17, 2013 at 9:42 AM

hehhee, syukur alhamdullilah teena. terasa lebih selamat skrg ni :)

May 17, 2013 at 9:43 AM

mudah-mudahan. terima kasih izzat :)

May 17, 2013 at 9:45 AM

kahkahakha kalau ada kapak kat rumah tu, rasanya itu pun sheila bawak sekali. hihihi ;p

May 17, 2013 at 10:00 AM

Ye la kan, at least bila ada grill bley la bukak pintu waktu tgh masak kan, xde la org konpius ni asap kebakaran ke asap sheila tgk masak! hehhe

May 17, 2013 at 10:06 AM

kahkahakha terkena balik kat sheila ye. noty girl! hihi. tahu takpe +__________+

May 17, 2013 at 10:09 AM

Alhamdulillah..termakbul sudah yer...

May 17, 2013 at 10:17 AM

heeeee.. termakbul sudah. ida sewa mmg dah semua siap. masuk bawak barang jewwww ;p

May 17, 2013 at 10:18 AM

syukur ke hadrat Ilahi, rezeki kak nea. syukur Ya Allah :)

May 17, 2013 at 10:19 AM

alhamdullilah da, syukur alhamdullilah. bestnya ida.. nak pergi rumah ida nanti! :)

May 17, 2013 at 10:33 AM

perghh ni kalau datang rumah sheila ketuk pintu kena pakai baju besi ni, kang tak pasal2 kena rodok dgn pisau ..hahhaahha...

May 17, 2013 at 10:39 AM

siot nory!!!!!!!! hahahhahaa. make sure pakai baju besi yang tebal tau. takut terodok juga. huewhuewhuew (^_____________^)

May 17, 2013 at 11:00 AM

Aslkm sheila..hmm..pasang gril mmg perlu..dgn keadaan skrg ni...hatta hujung kg pun jnyh ttp berlaku..kdg2 tu ia sampai mengancam nyawa.. sya dah tgk komen sheila kat blog sya..yg melaka tu..hehe..dah letak gmbar pun..:-)

May 17, 2013 at 11:09 AM

waalaikumusalam pijut. hihi. kat kampung skrg pun dah banyak jenayah. takut.... yeker? okey sheila usha entri pijut ya :))

May 17, 2013 at 11:13 AM

salam sheila. terima kasih kerana sudi drop by kat blog akak. terharunya bila komen bertubi tubi dari sheila seolah sheila sdg mengkhatamkan blog akak. hargai sangat2.

salam ukhwah dr akak. semoga sheila dan suami dlm kasih sayang Allah sentiasa. barakallah...

May 17, 2013 at 11:14 AM

kak ina sudi singgah sini, lagi terharu sheila dibuatnya! hehehe. kak, sheila rindu nak baca blog masakan kak ina tu. tu yang convert rasa rindu ke blog peribadi kak ina. rindu sangat! habis semua nak komennya. huehhuew. terima kasih kak ina (^____________^)

May 17, 2013 at 12:33 PM

Baik tuan tanah nie...

May 17, 2013 at 12:35 PM

syukur alhamdullilah. heee :D

May 17, 2013 at 3:12 PM

memang kena ada grill pun sheila.. zaman skrg ni bahaya kan.. mcm2.. takut..

May 17, 2013 at 3:27 PM

kan.... tahu takpe. skrg dah rasa safe sikit lepas dapat grill ni. syukur alhamdullilah :)

May 17, 2013 at 4:52 PM

zaman skang ni mmg perlu ada pintu grill ni. kalau xde, mmg bahaya. nnt akak dtg ye, jgn tamo layan pulak. kikikiki

May 17, 2013 at 4:59 PM

insyallah. akak datang, saya suruh akak tidur rumah tau! hahahha. jangan nak balik pula ye. kihkihkih... nasib baik tuan rumah baik hati kak :)

Post a Comment