Al-kisah Final FA 2013 | norsheilasalleh.blogspot.com

Al-kisah Final FA 2013

Assalamualaikum...
Walaupun dah kalah, aku tetap bangga dengan JDT. Tahun pertama yang cemerlang bagi mereka. Agak tak percaya hati ni, dapat tiket ke perlawanan Final FA Kelantan lawan Johor di Bukit Jalil pada 29 Jun 2013 yang lalu. Sengaja je aku up entri ni, hihi ;p
sheila shahfiekry
Siap bertolak jam 6 petang daripada Sg buloh bersama ipar duai dan kawan baik suami. Lebih kurang setengah jam daripada itu, kami parking kereta masing-masing di parking yang dijaga orang dekat dengan LRT Pekeliling. Bayar rm5 untuk sebuah kereta. Naik LRT menuju ke Bukit Jalil sebab bimbang jem dekat laluan kereta. Bayar rm1.70 seorang, dapat token warna biru. I is teruja tau. Dah lama gila kot tak naik LRT. hihihi. Merasa la kemajuan demi kemajuan. Yahoooo! 
Dalam LRT tu, memang fun ngee gila bila ada geng JDT masuk. Siap nyanyi lagu semangat tu. Lawak lawakk. Time ni tak pakai baju JDT lagi, hehehehee. Sampai je BJ, bapok ramai gila manusia membanjiri kawasan ni. Dengan pakai jersi masing-masing. Sumpah takut sesat babe, terus pegang tangan suami tercinta ;p

sheila shahfiekry
Sebelum masuk, sempat kami usha-usha kedai kat situ. Beli sepasang baju JDT, dan kain marfla. Total baju rm70. Untuk 2 kain mafla rm30,2 kain ikat kepala rm6. Total hangus RM106. Fuh! Pengsan babe, pengsan aku ×___×

sheila shahfiekry
Seat penuh bak hanggg, kami berimpit dengan orang ramai. Sampai berpeluh semua. Tapi aku dapat gak berdiri dekat kerusi orang, hehehe. Sedang elok tengok game, suami cakap nak pitam. Beliau takleh terlalu berpeluh. Cepat-cepat aku ajak keluar. Basah seluar aku, dek peluh suami. Hmm. Sian dia, mandi peluh.

Sangat tak puas hati tak dapat tengok kat dalam. Ramai gila umat manusia, sampai kitorang yang masuk lepas senja memang confirm tak dapat seat. Redha. Sedih. Last-last kami keluar stadium dan duduk bersama orang yang senasib dengan kami tengok di skrin besar. hahahahhaha. Lagi best, tak berpeluh ketiak. Dapat duduk kat jalan tar pun jadilah kan ;p
sheila shahfiekry
Dah la waktu balik berhimpit nak naik lrt. Kami patah balik. Lepas makan dan lepak-lepak kat padang, baru kami tau yang lrt dah tutup. Perghhh sangat tragedi! Ipar duai aku sempat naik sebab kami terpisah. Kami jalan kaki sampai tepi jalan besar dan tahan teksi. Hangus rm20 aku kat situ. Ish3.

sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
Sakitnya hati tengok game final yang slow ni. Nasib baik pergi segerombolan, takda boring sangat. Bangkitlah JDT! Tahun depan nak tengok lagi umphhh punya , ok?
Aku rasa habis poyo dah aku posingggg, hahahhaha. Walaupun dekat facebook dah warning penyokong JDT takleh pakai seluar celoreng. Ada suami aku kisah? kohkohkoh. Smart lagi aku tengok adalah. Dekat stadium ada je orang pakai jersi JDT versi celoreng. Bapok smart! Aku usha dengan rahang ternganga babe ;p
sheila shahfiekry
Mee sup daging, terbaik! Memang ada dijual kat stadium malam tu. RM4.00 semangkuk. Rasa nak repeat lagi je, mujur kenyang. hihi. Daging lembu dia penuh babe, melting tengok gambar ni balik >____<
p/s : Luaskan kuasamu

19 comments

July 2, 2013 at 11:07 AM

OOoo..g kat stadium yer... akak tgk kat umah je. Apapun Tahniah TRW, Gomo kelate gomo!

July 2, 2013 at 11:25 AM

sedapnya sup tu T.T

July 2, 2013 at 11:36 AM

tuuu dia... berhimpit ramai2.. yang nyata tengok kat rumah lagi best.. hahahhaha
# mood malas nak bersesak-sesak...

July 2, 2013 at 11:39 AM

Excellent. Best baca entri macam ni. Pengalaman blogger ke stadium utk saksikan final piala fa. Anyway, tahniah pada "harimau selatan" sebab masuk final. Kalah menang adat permainan. Next year cuba lagi. Tahniah untuk "red warriors" sebab dua tahun berturut-turut menjuarai piala fa ini.

July 2, 2013 at 11:59 AM

Wahhh rajinnya ke sini..mesti bersorak sorak2...

July 2, 2013 at 1:43 PM

Hari tu pun kakak saya pergi jugak tp tgok kt padang Dataran Merdeka

July 2, 2013 at 2:07 PM

Oh rpanya sheila pmnat tegar bola eh?! haha
pergh tgk sup dia meleleh ailo!

July 2, 2013 at 2:54 PM

wah peminat tegar bola rupanyer yer hehehe

July 2, 2013 at 3:19 PM

amboi smpai pi stadium..kami tengok kt rumh je

July 2, 2013 at 3:32 PM

wah bestnya dpt pergi tgk..Asyik tgk kt rumah jeala..hehe..GOMO KELATE GOMO...hahaha..:)

July 2, 2013 at 3:32 PM

pergh semangat tu..hhehee..

July 2, 2013 at 3:48 PM

tengok live mcm ni mmg seronok kannnn

July 2, 2013 at 4:19 PM

seluar celoreng bau krabiiii.............. mihmihmih

July 2, 2013 at 5:55 PM

wah..sesaknye
sure jem bila balik nanti
tp klo minat redah je
sedap la sup tu

July 2, 2013 at 6:24 PM

Amboi, ke stadium ye..
Penyokong JDT kat sini mengadap tv je..

July 2, 2013 at 7:21 PM

minat bola ya..=)

July 2, 2013 at 9:39 PM

pergh.. semangat tu turun stadium.hahaha. idok le teman nak ke tempat sesak2 tu..hehe

July 2, 2013 at 11:27 PM

memang semangat sungguh! apapun, tahniah untuk kedua2 negeri yang telah berjaya ke peringkat akhir... :3

July 3, 2013 at 11:22 AM

semangatnya gi tgk bola ye

Post a Comment