Honeymoon Trip to Krabi Part 7 | norsheilasalleh.blogspot.com

Honeymoon Trip to Krabi Part 7

Assalamualaikum...
Lepas berpoya-poya di Bamboo Island, kitorang naik balik boat dan bergerak ke Viking Cave. Subhanallah. Cantik sungguh air kat sini. Tapi kita tak boleh turun sini ye kesayangan semua. Ini tempat lanun kata orang. Boat just lalu dan kita boleh bergambar sakan kat atas boat sahaja. Tengok air kat sini, warna sini sangat cantik. Melting tengok babe ;p
sheila shahfiekry
i love this pic ;p
sheila shahfiekry
 comel tak kak ton? *matakeatastangandibahu*
sheila shahfiekry
Sekarang gambar ni dah pun selamat dijadikan wallpaper pc kat tempat kerja. Miahhaahhaaa. Pengubat rindu. Ramai gak dok tanya gambar ni kat mana. hahaa. I ni kejam tau noks, pergi bercuti haritu tak bagitau dorang pun. Senyap-senyap sudahlah. Mana yang rapat je beritahu.
sheila shahfiekry
Daripada luar Viking Cave, kami dibawa masuk diantara caves. Tempat ni dinamakan Phi Phi Lagun. Subhanallah. Cantik tak? Terpegun babe, air dia jernih sangat. Macam air ni dibahagikan kepada banyak bahagian. Setiap bahagian tu warna air dia lain-lain tau. Tapi takdelah sampai warna pelangi. hehee. Tengok lah gambar sendiri, boleh nampak rasanya ;p.
sheila shahfiekry
Orang putih berenang tak pakai life jacket. Shamed on me, sebab tak reti berenang. Ahaks! Jeles gila tau, tapi nak buat macam mana. Redha. Kitorang dapat port paling hujung. Semua terjun gaya bebas, paling bebas, suami aku dengan suami Nory. Boleh dia terjun daripada depan boat. Dengan spek masih dipakai. Bila dia terjun, spek terjatuh dalam air. Gubra dia nak cari, sudahlah mata tu rabun tahap hape. Patutlah mata suami merah semacam. Aku taktahu pun time ni, lepas tahu terus risau gilaa sampai nak nangis *ok, tipu*
Kat sini pun, kitorang ada bergambar sakan. Nasiblah kan, bercuti sambil bergambar. kahkah. Kat sini, aku cuba belajar berkuak. Alhamdullilah. Lepas bermandi manda kat sini, rasa semangat sikit nak snorkeling kat tengah laut. Air sini sangat tenang, suka sangat port sini. Wajib singgah tau (",)
sheila shahfiekry
Semua dah turun, mari bergambar dengan gembira. Yehaaaaaaa.
sheila shahfiekry
 Subhanallah, cantik tempat ni babe. Aku puas hati dapat pergi sini. 
sheila shahfiekry
Lepas puas berendam macam badak hape ntah, semua dijemput naik boat. Kita pergi makan yuk! hehe
sheila shahfiekry
Nama pantai yang kitorang pergi makan ni Phi Phi Lay. Serius, lunch hari kedua sangat sedap. Mengiurkan tekak ok. Habis nasi ni aku kerjakan, terkejut suami tengok. Nampak sangat kesedapannya ;p
sheila shahfiekry
our lunch
sheila shahfiekry
ehh, orangnya mana? gambar makanan je ada ;p
sheila shahfiekry
lapar dahaga sesangat ;p
sheila shahfiekry
Lepas dah puas makan, kita bergambar sat kat tepi pantai. 
sheila shahfiekry
Eida+Andi, Aku+suami, Mila+Mcdee,
Yaya+Syafiq & Nory+Zoul
sheila shahfiekry
Ini pulak tempat kami snorkeling, Shark Point namanya. Gerun pulak aku bila dengar, tapi our guide cakap yang ada cuma baby shark je. So no worries okey guys. Tak jauh daripada pulau yang kami berhenti untuk lunch hour tu. hehehe. 
sheila shahfiekry
Subhanallah, gayat babe snorkeling. hahaha pengalaman pertama kot. Harus rasa nak pitam bila kita pandang dalam air tu, terasa kita kat tingkat dua bangunan tau. Kejap rasa cool, kejap rasa cemas dibuatnya. Aku bila masuk air, memang tak duduk sebelah suami. Aku survive sorang-sorang, pastu dah boring aku pergi cari geng. Kesian Zoul suami Nory kena jaga aku Mila termasuk isterinya. hahahaha Thanks Zoul sudi jaga kitorang time tu >___<

Maksud survive kat sini ada kisahnya tau, tapi janji ek jangan gelakkan? Aku tertelan air laut masin banyak sangat. Semuanya sebab tak ketatkan goggle. My bad. Sekejap-kejap je dapat usha ikan-ikan, lepas tu blurpppp air masuk melalui hidung dan mulut. hahahha. Pengalaman babe, hahaha. Terkapai-kapai den cuba ketatkan goggle tu. Sebab tu takda gambar aku kat sini. Aku naik boat bersama Mila dan Nory.Yaya pun kejap je dah naik. Eida lak jauh daripada aku time ni.
sheila shahfiekry
Gambar suami dan beberapa ekor ikan yang comel ditangkap oleh Eida. Aku memang takda sekeping gambar pun snorkeling sini. Sadis tau, tapi takpelah atleast ada gambar suami i. Thank you Eida ya. Rajin Eida pegang camera dalam air laut ;p
sheila shahfiekry
On the way balik, depa bagi makan buah. Terpaksalah kitorang makan nenas tu, nak hilangkan pening-pening lalat. hehehe. Lepas tu sempat lelap mata jap. Feeling betul. 
Sekian, terima kasih sudi baca panjang lebar ni. Maaf kalau bosannnn.

36 comments

July 11, 2013 at 7:38 PM

Subhanallah cantik..tapi hari tue xsempat pegi sini..ruginya..huhuhu

July 11, 2013 at 8:29 PM

waaaah.. bestnya.. jernih betol air

July 12, 2013 at 1:23 AM

Subhan'Allah cantiknya pemandangan kt sana..

July 12, 2013 at 4:02 AM

Bestnya..snorkeking.,sya pun tak reti brenang.huhu

July 12, 2013 at 4:07 AM

Lepas ni boleh la you snorkeling lagi sebab dah ada pengalaman dan dah tahu cara. Cantik-cantik kawasan yang dekat cave tu. Rasa macam nak gi sini pulak.

July 12, 2013 at 5:28 AM

Assalamualaikum

Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - hairanblog.com

Wah best betul Krabi..teringin jugak nk pegi heee..

July 12, 2013 at 5:43 AM

Singgah Sahur Salam Ukhwah Ohblogger Malaysia - Mieza Jhaa K

July 12, 2013 at 5:44 AM

Waaaa ...ni jeles nii..best giler berenang-berenang tengok ikan...

July 12, 2013 at 6:02 AM

assalamualaikum, pcl singgah sahur ....salam ukhuwah ohblogger malaysia, siang nt tak menyempat nk Bw..hhehe , honeymoon trip yg sangat menarik...pcl blm sampai ke sana.

July 12, 2013 at 6:15 AM

salam. wow! bestnya dpt bln madu kat Krabi...sy honeymoon di Ganu aje. huhuhu..done follow here. tq.

July 12, 2013 at 6:48 AM

Assalamualaikum
Singgah sahur salam ukhwah OhBlogger Malaysia - http://www.diarymama.com

July 12, 2013 at 9:22 AM

waaaaaaaaa cantik2... jeles dah nie ^__^

singgah pagi2 dari segmen HH

July 12, 2013 at 9:24 AM

aah la cantikkk sgt....best nya lau dpt pegi...sy pun xpenah snorkling, gayat rupanya, dah la sy ni pun jenis gayat, mmg x lah nak g snorkling...huhu
xpe la xde gmbr sheila tp knangan tu ada kan *pujuk ati* hihi

July 12, 2013 at 10:08 AM

salam , terliur lah tengok lunch sheila tu..hehe
bahaya kan..bulan pose ni..hehe

July 12, 2013 at 11:10 AM

Assalamualaikum, selamat berpuasa :).
Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Norazizah (http://norazizah.org)

July 12, 2013 at 12:36 PM

bestnyeeeeee...nak gi cuti2 kt sini gak la...

July 12, 2013 at 1:30 PM

cantik sungguh pemandangan di sana ye sheila

July 12, 2013 at 1:48 PM

alaa sorry sheilaaa.. ida jauh dgn sheila, dah takde pic sheila dalam air. huhuhuu..

July 12, 2013 at 3:05 PM

fulamak!!! cantik gila view kat sana!! kiri kanan bukit bukau yg menghijau, tengah2 laut mmbiru.. subhanaAllah!

July 12, 2013 at 3:18 PM

wah seronok giler yer shiela kat situ !

July 12, 2013 at 4:19 PM

Cantiknya ciptaan ALLAH shiela..kita belum pernah sampai sini lagi..sure boleh masukkan dalam list place to be visited soon.

July 12, 2013 at 4:26 PM

wah, cantik giler view dia..jelez ni..hehe..

July 12, 2013 at 4:30 PM

Assalamulaikum

Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - Ceritaku Di Mana-Mana Saja - www.khairilmazri.com

July 12, 2013 at 6:08 PM

wah..cantiknye view kat sana
mmg awesome!
sesuai sgt utk honeymoon..ehem2...

July 12, 2013 at 10:45 PM

Hoho..bestnya tengok gambar Sheila kat Krabi ni. Memang cantekz semua gambarnya. Selamat menjalani ibadah puasa ya untuk Sheila dan family.

July 12, 2013 at 11:20 PM

Baju sedondon...nice place

July 13, 2013 at 2:29 AM

Seronoknya dapat bercuti sakan...

July 13, 2013 at 12:41 PM

Assalamualaikum sheila...Ya Allah serius akak ckp nih memg cntikkkk sgt tgk laut diorg...terpegun jap akak tgk..m

July 15, 2013 at 2:02 PM

sampai episod 7 tu..fuhh..hehe..bestla

July 15, 2013 at 4:14 PM

cantik tempat , adehh dah lama nak pegi tapi belum berkesempatan

July 15, 2013 at 6:51 PM

Pengalaman pertama snokling ms hanimun kat sabah. Kat manukan island... tp tak g kat tgh pun... tepi2 laut jer... teringin nak g tmpt2 dlm mcm ni...

July 15, 2013 at 8:49 PM

gila cantik tempat ni..super like!

July 16, 2013 at 9:07 PM

Subhanallah...cantik pemandangan laut tuh..

Salam ukhwah ohblogger & selamat berpuasa :)

July 17, 2013 at 10:14 AM

Subhannllah...serius mmg cantik pemandangan kat sana.

July 17, 2013 at 12:23 PM

cantik sangat air laut tu.. subhanAllah..

July 26, 2013 at 10:08 AM

krabiii tunggu i datang lagiiiiiiiiii hahaha

Post a Comment