Honeymoon Trip to Krabi Part 8 | norsheilasalleh.blogspot.com

Honeymoon Trip to Krabi Part 8

Assalamualaikum...
Terasa panjang gila cerita Krabi sebab dah main part-part ni. hmm. Sorry ekk pada orang yang terblogwalking sini, mungkin terasa bosan. Pesanan penaja, sila pangkah x cepat-cepat, thank you :p
Risau juga dihati ni kalau-kalau dah masuk part ni ada cerita mitos ataupun tokok tambah tanpa disedari, hihi. Dah lebih 3 minggu balik bercuti pun masih tak dapat nak habiskan cerita. hahaha. Ini cerita pasal aktiviti hari ketiga. Time ni barulah kitorang sepakat nak beli pakej melalui pihak hotel sahaja. Sepatutnya kayaking kena spend time separuh hari, tapi disebabkan kami berkeras kejung juga nak amik kayaking sekali dengan 4 Island, pihak hotel cuba juga jayakan untuk kami. weeeeeee, naik longtail tau? Kami dapat harga seorang 650thb termasuk lunch tau :)
sheila shahfiekry
Kami naik tuk tuk macam biasa, pergi ke Noppharatara Beach macam aktiviti Phi Phi Island. Kali ni, kita kena isi nama dalam borang yang disediakan. In case terjadi apa-apa kat tengah laut, senang nak contact keluarga di Malaysia. Selesai isi borang, kami isi masa kami yang terluang dengan bergambar. hehehe. 
sheila shahfiekry
Tak sah kalau tak melompat kan? Kat negara orang bolehlah, kalau kat Malaysia aku fikir 24x kot. hohohoooo. Para suami lompat ala-ala thai, gila smart. Depa-depa ni kalau photoshoot, mesti menjadi. Jeles kita tau >______<
sheila shahfiekry
Adalah dalam 15 minit menunggu orang boat mai bagi taklimat sikit tentang longtail. Dibahagikan kepada kumpulan. Kitorang semua satu hotel so dapatlah naik longtail yang sama. Siap bagi warning takleh nak berdiri tiba-tiba kat atas longtail, longtail boleh terbalik. Masa tu aku nervous tahap kelapan agaknya. Takleh bayangkan betapa takutnya naik longtail. ohh seram ;p
sheila shahfiekry
Korang masuk longtail je wajibkan diri pakai life jacket tau. Aku sangat-sangat percaya pada life jacket sebab aku kan tak reti berenang. Tapi nak pesan satu benda la, kalau duduk dekat bahagian dalam mesti korang pening sebab bau enjin sangat kuat. Aku yang duduk depan pun boleh terbau, camne ntah orang duduk dalam kan? Alert : bawa minyak kapak/koyok untuk emergency case
 sheila shahfiekry
Inilah rupa longtail yang kami naik, masa ni kitorang dah sampai first island iaitu Railay - Phranang Beach. Syok gila sini pasal betul-betul tengah laut. Kitorang berjalan di tepi persisiran air menuju ke toilet. Harus sediakan duit syiling tau, nak masuk dia cas 20thb. Aku siap membuang sisa lagi, hohohoho. 
sheila shahfiekry

sheila shahfiekry
Selepas masing-masing siap membuang, kitorang berjalan menuju ke atas bukit. Di atas buluh-buluh yang dijadikan pagar, ada banyak monyet. Suamiku dan Nory je buat muka comel lagi teruja dapat jumpa monyet. Awal-awal aku dah jauhkan diri =__='
sheila shahfiekry
Boleh tahan penat gak berjalan macam mendaki. Separuh jalan, patah balik sebab risau pihak boat tak tunggu kitorang. Meraung wehhh kalau kena tinggal, nanti rugi tak buat aktiviti. Last day pulak tu. So kami agak carefull :)
sheila shahfiekry
Sempat juga bergambar kenangan bersama suami. Terik cuaca kat tengah laut ni, terasa bahang membakar kulit muka dan kaki. Tak sabarnya nak naik boat. Perut dah mula berbunyi walaupun pening lalat jadinya dibuai ombak akibat longtail. Pengalaman takkan ku lupakan (",)
sheila shahfiekry
Kitorang sampai kat island kedua Poda Island untuk makan tengahari. 
sheila shahfiekry
Terasa lega perut dapat makan, lauk sangat sedap. Walaupun tak bertambah, terasa kekenyangan yang amat. Alhamdullilah. Tak sampai 15 minit lepas habis makan, kitorang sekumpulan 11 orang ni, berkayaking. Kayak memang siap dibawa atas longtail sebelum kami bertolak mula-mula. Kami suami isteri first berkayak. Ya Allah, seronok sangat. Syukur berpeluang berkayak dengan suami. Ini experienced kedua, dulu pernah berkayak kat sungai dalam PLKN. hehehe. Abang sangat cuak kat depan tu, mujur isteri dia pandai handle. Sikit-sikit aku brek, tak nak berjauhan dengan geng yang lain.
sheila shahfiekry
Kayaking, best gilaaaaa lepas gian berkayak ;p
sheila shahfiekry
Macam biasa, kat tengah laut pun bergambar. Eida punya kamera memang khas untuk aktiviti bersandarkan air. Nasib baik kan, kalau tak kena beli juga sebiji kamera kalis air. hehehhee. Teringat pula Go Pro Hero 3 Xtreme Camera Black Edition tu *____*
sheila shahfiekry
berdua dengan mu, honeymoon atas air ;p
sheila shahfiekry
Yeahhh, gigih sungguh suamiku berkayak. Memang penat + lelah la, agak jauh juga guide kita bawak. Rasanya macam tawaf separuh island. Then kita stop kat satu tempat. Bergambar sakan kat sini. Guide kitorang tu sangat-sangat pandai amik hati kitorang. Thank you so much Mr. Guide. hehehe.(tak ingat nama beliau dah) Mr. Dom.
sheila shahfiekry
lompat jangan tak lompat ;p
sheila shahfiekry
kenangan berkayak bersama
sheila shahfiekry
Sekarang masa untuk snorkelling di Chicken Island. Aku dah exhausted, lepas makan terus berkayak. Sekarang snorkelling pula. Lemau gila, tangan menggigil. Sebenarnya aku taknak turun tapi fikir sebab nak enjoy kan. Try push my self turun. Dapatlah sekeping dua gambar kat sini. Pastu suami, Syafiq dan Andi tarik aku ke longtail sambil aku terapung, heaven okey. Malas nak berkuak lentang, hahaha thank you so much korang sudi tarik kita hihihi ;p
sheila shahfiekry
 romantiknya suami siapa ni? >____<
sheila shahfiekry
happy tau ada sekeping gambar dengan ikan ;p
sheila shahfiekry
Sampai ke island terakhir iaitu Tup Island, kat sini posing banyak. Seronok betul dapat jejak sini. Kalau tak silap, kat sini tempatnya korang boleh berjalan dari island pertama ke island kedua dengan berjalan kaki. Tapi lepas air pasang, takleh jalan dah. heee. Aktiviti 4 Island kami berakhir di sini.
sheila shahfiekry
Mari mengira
* 4 Island + Kayaking + lunch 1300thb sepasang : RM135.20
* masuk toilet 40thb sepasang : RM4.15
total : RM 139.35 # (rate aku tukar duit RM ke THB - 10.40)

24 comments

July 18, 2013 at 1:43 AM

wau akak best nyer..ermm...:)

July 18, 2013 at 5:41 AM

Asyik suka kalau aktiviti mcm ni..bestnya..:)

July 18, 2013 at 8:28 AM

salam..best, best..akak takut berkayak..penah hanyuut sampai ketengah laut..fobia...

July 18, 2013 at 9:07 AM

Wah bestnya....btw mahal gilak kos masuk toilet..huhu
ingatkan krabi ni best tuk honeymoon je tp g ngn member lg best rpanya sbb byk xtvt kan sheila ;)

July 18, 2013 at 9:52 AM

ada entry terima kasih dari saya.. jom..

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/jom-blogwalking.html

July 18, 2013 at 10:38 AM

berapa banyak perbelanjaan sheila pi sana..nak tau jugak..mane tau leh spend duit utk pi krabi island..mmg cantik tpt nie

July 18, 2013 at 12:17 PM

shiela paling tinggi melompat....hehehe..best nye. bila lah dapat ke sana ni. ada pose romantik sukew akak tgk. hehe

July 18, 2013 at 12:30 PM

assalmkm..best nya sheilaaaa.. :)
nak2 pula pergi hnymoon gitu..
soo romantik la dia.. :)

July 18, 2013 at 12:45 PM

part lompat style tok sami tu camane buat... best lah.

July 18, 2013 at 12:49 PM

waaa..seronoknya.

July 18, 2013 at 1:23 PM

Honeymoon trip beramai-ramai ek...

July 18, 2013 at 1:38 PM

fuh.. best gak kan kat sini. boleh try ni bila duit cukup hehe

July 18, 2013 at 2:24 PM

Best pulak krabi nie yer..masa akak p rasa tak best..mybe tak p tmpt2 yg Sheila p kot..nie rasa mcm nak p sekali lagi.. ;p

July 18, 2013 at 3:00 PM

tige minggu ok lagi.. fifi ade cerite pending berbulanbulan.. miahaha..

July 18, 2013 at 4:46 PM

Salam
Salam Ramadhan dari kami dari Thailand.Krabi dah redah,apakata jom berkonvoi dengan group kami,dari Wang Kelian,Satun,Pak Bara,Manang,Hat Yai , Bukit Kayu Hitam. 3H 2m.
Kita main white water rafting kat Mananag

July 18, 2013 at 7:20 PM

Waaaaaa bestnyer... Lagi best bila g dgn member2 yangs atu kepala macam ni..

Selamat Berpuasa Sheila Cantik.. ;)

July 18, 2013 at 10:44 PM

best pi krabi..guna agency maana eh

July 18, 2013 at 11:28 PM

perrggghhhh,, romantik giler pegang tangan dalam laut,, jelez tau,,, bab tak reti berenang,, eh,, kita sama,, -.-'

July 19, 2013 at 6:10 PM

terernya diorang buat lompatan thai
memang menjadik!
beznye berhoneymoon..romantis bangat!
baju ijo...pewit!

July 22, 2013 at 1:18 PM

ade eh sheila dgn ikan kat 4island ni? yeayy! nasibbb baikk.hehehhehee

July 22, 2013 at 4:42 PM

siyesss mmg nmpkm bes gile.. hihi kalo xde psgn leh join gak ke len kali :P kehkeh..

ini double siyess cool diorng lompat ala thai !

sheila kurusss... apa tips slim melimm hehehe

July 23, 2013 at 11:01 AM

Salam Shiela,

Bolgwalking here.... comey sangat jumping shot by the guys.... good job cameraman

July 24, 2013 at 9:04 AM

salam ramadhan # 15
indahnye permandangan kt sana..rasa nk pegi je..hehe

July 25, 2013 at 11:52 PM

nasib tak gelap p sane..hehe

Post a Comment