Honeymoon Trip to Krabi Part 6 | norsheilasalleh.blogspot.com

Honeymoon Trip to Krabi Part 6

Assalamualaikum...
Kita dah masuk 2nd day tau kawan-kawan. Marilah kita cerita sikit pasal Phi Phi Island Tour yang kami dapat harga 1100thb seorang termasuk lunch tau, untuk sepasang jadi 2200thb. Kitorang amik dekat agen luar. Kalau amik dekat Aonang Goodwill Hotel, boleh dapat 1000thb seorang. Huwaaaaa menyesal kitorang. Takpelah, yang penting kita enjoyed >__<
sheila shahfiekry
jambu gila kau warna pink ;p
sheila shahfiekry
suami-suami yang cool dan sempoi ;p
sheila shahfiekry
 isteri-isteri pulak posing dalam tuk tuk pink ;p
sheila shahfiekry
Lepas breakfast, jam 9pagi waktu thailand kitorang bergerak ke pantai. Yeayy, tapi banyak kali stop depan hotel, amik orang. Sampai macam sardin dah tuk tuk tu. hihi. Bila nampak pantai, terbau air pantai yang masin tu, aku mula berdebar lain macam dah. Sebabnya aku ni penakut weh, sebab aku trauma dengan laut sejak tsunami melanda plus aku tak reti berenang. hehehe sangat berharap suami dapat selamatkan aku, hoho. Sebab tu nervous, hubby usha dari jauh. Dia faham kenapa aku pakai spek dalam tuk tuk. hahahahhahahahhaa *pengakuan berani matikkk*
sheila shahfiekry
Taraaaa, colourfull kan :)
Inilah baju couple yang beli semalam ikut warna kesukaan masing-masing. hehehe. Nak ingatkan korang, masa dah masuk laluan ni nak ke boat masing-masing, silalah jalan berpegang tangan dengan pasangan masing-masing. Akan ada orang tangkap gambar tau. Aku mengelak pulak masa orang tu tangkap gambar. Masa balik daripada pantai depa jual gambar siap frame krabi 100thb tau. Kitorang semua beli. Kitorang kan jakun, hihihi. Gambar kitorang suami isteri muka cam baru lepas gaduh je ;p
sheila shahfiekry
maaf, sekiranya gambar nampak tak sopan hihi ;p
sheila shahfiekry
tak sah kalau takda gambar melompat ;p
Pelancong kat situ usha kitorang pelik agaknya. Apahal budak satu team suka melompat, pastu bergambar sakan. hihi. Ada kitorang kisah? Kitorang nak bergambar kenangan buat anak cucu cicit tengok. heee. Tetap sempoi walaupun cuaca pagi kat tepi pantai sangat terik tahu? Terasa bahangnyaaa.
Lepas tu, kitorang dapat sticker. Depa lekatkan kat lengan baju. Tapi lepas si bijak pandai ni olah, ditampalnya dekat dry bag. hahaha. Memang hilang sticker tu masa aku masuk air. Sticker tu ada nama boat yang akan kami naik. 
sheila shahfiekry
suami tunjuk sticker kat bahunya ;p
Tiba masa naik boat, wah berpusu-pusu berebut seat. Last-last aku, Eida dan Nory tak dapat seat dekat Mila, Yaya, Mus dan Syafiq. Kitorang naik duduk kat seat tinggi, ok boleh tahan nice juga. Suami aku dan suami Nory, Zoul duduk depan boat. Memang khas untuk dilambung-lambung sepanjang perjalanan. hahahha.
sheila shahfiekry
 ada orang tu dapat belanja duduk seat depan ;p
sheila shahfiekry
Ramai kan naik satu boat dengan kitorang? hehehe. Kat setiap seat ada diberikan life jacket. Semua siap-siap pakai emergency in case boat terbalik dilambung ombak ganas. Wahhh ngerinya. Mujur perjalanan pergi balik kami selamat dan smooth :)
sheila shahfiekry
Agak jauh perjalanan nak ke pulau pertama iaitu Bamboo Island. Subhanallah, perjalanan ni sangat-sangat membuka hati dan mata aku. Betapa cantiknya alam semulajadi, jakun jadinya.. Sesuai la kita-kita yang stress bekerja datang bercuti sini. Tak menyesal babe. Serius tak menyesal datang sini. Nak repeat lagi adalah, hihi
sheila shahfiekry
Bamboo Island
sheila shahfiekry
subhanallah, cantik kan?
sheila shahfiekry
semua tengah belajar cara nak snorkeling dengan betul ;p
sheila shahfiekry
mari bergambar, hoyeahhhh
sheila shahfiekry
masa untuk meninggalkan Bamboo Island +___+
Cerita ni macam dah terlebih panjang je, hahahhaa terpaksa jadikan Phi Phi Island tour ni dalam beberapa bahagian. Ada banyak lagi gambar nak show off, tapi risau korang meroyan karang, hihihi ;p
Mari mengira
* Phi Phi Island Tour 2200thb sepasang : RM228.80

27 comments

July 9, 2013 at 9:44 AM

As salam sheila, akk suka tgk gmbr2 dlm nie. Semuanya cantik2.. :)

July 9, 2013 at 10:46 AM

bestnye... tak sabar nak tunggu entry phiphi island part lain..

July 9, 2013 at 11:01 AM

amboi! seronoknyer honeymoon ramai2...hepy enjoy yor honey moon trip..

salam ramadhan almubarak..

July 9, 2013 at 11:33 AM

banyak part :D

July 9, 2013 at 12:11 PM

hehehe tumpang seronok tgk pic2 ni ! selamat menjalani ibadah puasa yer Mudah2an amalan & ibadat kita diterima Allah swt hendaknyer

July 9, 2013 at 12:27 PM

Gambar yang melompat tu memang best. Berapa kali korang melompat untuk dapatkan gambar yang excellent tu?

Memang cantik pulau-pulau dan pantai kat situ kan. Rindu ngan krabi.

July 9, 2013 at 12:29 PM

Yang duduk kat seat depan tu sure melambung-lambung.. hehehe..

July 9, 2013 at 1:20 PM

salam shila.. tq komen @ blog alycia..
wah, bestnya kan honeymoon ramai2 camni...

yes, krabi 1 of the places yg alycia nk pergi...

slamat berpuasa yer ;)

July 9, 2013 at 2:29 PM

entry krabi nory tergendala buat sementara waktu...
huhuhu...
wahh sheila dah sampai entry phi phi ni, ni tak sabar nak update jugak ni...hehehe..
comeyyy kan gambar lompat2 kite tu..heheh

July 9, 2013 at 2:57 PM

colourfull gitu hihi

July 9, 2013 at 4:00 PM

asslmkm..bestnya sheila jalan2 kat tempat orang..pulau yang sangat2 cantik.. =)
bestnya korang siap pakai bju couple lg..senang nak kenal suami masing2 kalau hilang..haha

July 9, 2013 at 4:04 PM

Korang muda-mudi reramai gitu boleh la melompat bagai, kami kalau melompat mau org2 situ kata buang tebiat ke apa couple veteren ni.

July 9, 2013 at 4:44 PM

Assalamualaikum sheila...

Bukan men sronok lg ye...nmpk muke2 ceria tuh

July 9, 2013 at 6:16 PM

assalamualaikum sheila... wahh... dah masuk part 6 dh honeymoon at krabi :)

salam ramadhan ye sheila... :)

July 9, 2013 at 6:44 PM

wah...memang happening giler
beznye..hb sis pun sporting gak..part melompat tu
klo hb yumida sure dia control macho
bez pulak tengok..tringin nak ke sana gak..pemandangan pun indah
honeymoon..pewit! moga tercipta sheila junior nanti..aamiin.

July 9, 2013 at 7:03 PM

doodle header tu yumida buat suka2..hikhik

July 9, 2013 at 9:49 PM

meriahnya trip ni..seronok nampak..:)

July 10, 2013 at 7:44 AM

bila la nk dpt pegi honeymoon ni.. :(

July 10, 2013 at 10:27 AM

cantiknye pulau tu shiela... :D

July 10, 2013 at 11:19 AM

Adehhh... jelezz... teringin nak g jugekkk .

July 10, 2013 at 12:44 PM

boleh nampak kegumbiraan di wajah masing2.... itu yg penting... have fun..!

July 10, 2013 at 1:32 PM

cantiknya gambar..... ada sambungan lg ker?? hohohoho.. agak² sebelum raya habis x???

July 10, 2013 at 2:29 PM

sheila ! bapakk laa besnyee jenjalan ngn psgn.pastu siap pakej ngn kwn2 !! waaa besnyeee.. ramai lak tu mst meriah. hehe pny la lme xsinggah blog triple S da siap balik melancong lg.. hihi :D

July 12, 2013 at 7:40 AM

Ya Allah..Subhanallah kak shila..cantik sgt pulau ni..tahap meroyan maximum ni..uhuhuh...bile la dpt pegii

July 12, 2013 at 9:29 AM

aduhai bestnya sheila...bgs gak kan pakai baju sama cuma kale je lain dlm team tu, klu pape sng nak cari kan?! hehe

July 12, 2013 at 10:09 AM

seronoknya tengok koramg hanimun secara berjemaah ni :)

July 15, 2013 at 4:54 PM

wahh seronok, cantik tu :) honeymoon jemaah

Post a Comment