Kenali Sheila Salim | norsheilasalleh.blogspot.com

Kenali Sheila Salim

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Rasanya dulu aku pernah buat satu entri pasal siapa diri aku sebenarnya. Tapi aku terpaksa buang sebab kat dalam entri tu banyak gambar yang tak tutup aurat. So izinkan lagi sekali aku kenalkan diri aku pada sahabat semua. Kalau terasa diri bukan sahabat aku, toksah lah sibuk membaca sini. Aku tak kesahkan korang pun. Aku kesahkan sahabat-sahabat aku je. hiks
Aku tahu, mesti ramai keliru dengan nama-nama yang aku biasa pakai kan? hehe. Nama penuh dan juga nama sebenar aku mengikut IC dan surat beranak adalah Norsheila binti Salleh. Tetapi lebih dikenali sebagai Sheila Salim melalui facebook, twitter, blog, wechat, whatsapp dan lain-lain. hihi. Salim tu ayah aku lah. Instead of Salleh @ Salim. Nama Salim ni papa guna masa kerja dekat oversea dulu ;p

Aku dilahirkan di Hospital Daerah Batu Pahat, Johor pada 6 Jun 1990. Dah lepas dah birthday aku. Kalau ada nak bagi hadiah lagi, gua sudi je terima. hihi. Aku anak ke-5 daripada 7 adik-beradik. Yang paling sengal aku, yang paling ayu pun aku. *larik*

Mendapat pendidikan awal di tadika kemas Solok Wan Moh,kemudian naik darjah satu di Sekolah Kebangsaan (Cina) selama setahun 2 bulan. Dua bulan tu sempat darjah 2 sekejap kat situ sebelum ikut keluarga berpindah ke Sungai Buloh. Darjah 2 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh kemudian sambung tingkatan 2 hingga 5 di Sekolah Menengah Damansara Damai 1. Fuhh. Jenuh gak menukar sekolah ni. Mujur main kawasan Selangor je. Tak lari mana. Lepas kawin, menyewa bersama suami tercinta kat Sungai Buloh balik. hihi :)

Alhamdullilah. Sudah selamat bernikah dengan jejaka kipas-susah-mati, Norhadi bin Kahar. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Mohon rakan-rakan yang sering bertanya perihal anak, sila fahami hati perempuan yang mudah tersentuh ini >_____<

Mula berblogging sejak 31 Ogos 2010, dengan menggunakan domain sheilashahfiekry.blogspot.com kemudian mula tukar domain kepada sheilashahfiekry.my dengan harapan akan terus menaip tanpa penat dan lelah kerana aku sangat sukakan penulisan. Impianku, ingin menjadi seorang penulis buku. Jurnalnya belum pasti. Tapi besar harapan aku, semoga sahabat semua sudi support aku (",)

33 comments

July 25, 2013 at 12:35 AM

Assaalamualaikum,
nak tahu lg cerita psl Sheila Salim ni, mcm xcukup jea..hehe

July 25, 2013 at 12:37 AM

oooooo...
hope impian menjadi penulis tercapai
hope sentiasa dimurahkan rezeki
moga u olls berbahagia hgg hujung nyawa..
byk tukar skolah..sure pening n konpius dulu2 kan

July 25, 2013 at 1:06 AM

Salam...singgah sini. Akak pun suka menulis tapi merapu2 jer. hehehe. Nama blogging akak nealopah. Biasa kawan2 panggil Fid. anakanda akak nama Nabihah. Tu yg Fb nama FidNabihah. Pasal baby tu jgn sedih2 insyaallah ada rezeki. Akak pun 5 tahun kawin baru dapat bieha. Last week genap 10 tahun akak bernikah.

July 25, 2013 at 1:11 AM

ok, pcl semakin mengenali Sheila..semoga terus dgn semangat itu. sentiasa menyokong juga. gud luck Sheila. all the best.

July 25, 2013 at 7:09 AM

ain pun nak jadi penulis buku . samalah impian kita xD

July 25, 2013 at 8:21 AM

Hi Sheila..hehehe..mcm baru kenal kan.. ;p

July 25, 2013 at 8:49 AM

ooo mcm tu citernyaa...ok dah kenal dah! hihihi

July 25, 2013 at 9:22 AM

alhamdulilah... heheheh kemain ek =)

July 25, 2013 at 9:39 AM

assalamualaikum.. sa;am perkenalan dari fifi.. hihi..

July 25, 2013 at 10:34 AM

hai sheila.salam kenal.i rara =) hehehe

July 25, 2013 at 10:56 AM

As salam dik, Akk doakan semoga impian sheila nak jd penulis tercapai jugak satu hari nnt. Manalah tau kan jd penulis yg berjaya satu hari nnt.. :D

July 25, 2013 at 11:12 AM

slmt berkenalan
hai dok sg buluh rupanya
nnt leh jumpa kat sh alam
ehe

July 25, 2013 at 1:08 PM

hai ... salam kenal. hehehh moga terus sukses dlm penulisan ^^

July 25, 2013 at 1:55 PM

hye akk comel! selamat berkenalan! hehehehehe Untungnyaaa dapat kahwin muda.. jeles! >.<

July 25, 2013 at 2:08 PM

oh sheila ada dua nama ayah

July 25, 2013 at 2:15 PM

boleh panjang lagi kot cerita sheila! ;) btw i duduk kuang dulu!

July 25, 2013 at 3:38 PM

"Kalau terasa diri bukan sahabat aku, toksah lah sibuk membaca sini. " <-- cute sgt statement nie.... ekekekeke.....

July 25, 2013 at 3:43 PM

wahh hehehhe.. sheilaa.. mne mknn kegemaran, minuman kegemaran, hobi, cita2 :P *mcm tulis biodata ms kecik2 .. hihi nice to know sheilasalim @ sheilasalleh @ sheilashahfiekry @ sheilalovehadi :P
*lariiiiikk

July 25, 2013 at 5:26 PM

sudah berumah tangga rupanya.... nampak muda ;)

July 25, 2013 at 10:17 PM

muja nak komen,, nak komen,, nak komen,, hehe,, muja pun nk buat jugak la entry siapa blogger muja,, hehe

July 25, 2013 at 11:48 PM

ok baru tau sheila 23..adik2 semuanyer...huhuhu..dah kawin dah..kalah akk tau..hohoho..

July 26, 2013 at 12:36 AM

tau dah serba sedikit pasal akak..hehe..btw, semoga cita2 akak nak jadi penulis tercapai, one day..

July 26, 2013 at 4:42 AM

mohon jadi penulisa buku secepat yang mungkin. hehehe

July 26, 2013 at 7:40 AM

nak tau lebih lanjut.. x cukup details ni.. hehe..

July 26, 2013 at 10:00 AM

assalamualaikum & selamat berkenalan!

July 26, 2013 at 11:26 AM

Selamat berkenalan moga impian akan menjadi kenyataan.

July 26, 2013 at 2:20 PM

sudah mengenali shiela serba sedikit...of course impian blogger tu sama..cuma terpulang pada kita nak coraknya bagaimana ye shiela...harap dapat berkawan dengan shiela sampai bila-bila...

July 29, 2013 at 12:43 PM

hye sheila ..femes u eh..taw pown dri entry blogger..salam kenalan dri belalang :)

July 29, 2013 at 2:24 PM

Assalamualaikum Sheila, wah best2...bakal penulis ni :)

July 30, 2013 at 1:20 PM

Assalamualaikum Sheila...baru akak knl sheila sikit2 secara details..minat jd penulis erk??akak pun sme..tp suke jd pnulis novel..mihmihmih

July 30, 2013 at 1:33 PM

hehehe..akak,kita lahir bulan sama la! :)

July 31, 2013 at 2:53 PM

oo..gitu kisahnya.. sheila muda 2tahun dari i ler...hehehe.. pngkat adik rupanya..

August 20, 2013 at 12:32 PM

hai..selamat berkenalan..hehehe

Post a Comment