Review Blog 2.0 #Part 12 | norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 12

Assalamualaikum...

Lama gila tak sambung review blog. Hope korang yang menunggu tu tak marahlah dekat aku. hihi. Ni aku sambung lagi 5 blog untuk direview. Dah 35 blog direview sebelum ni. Jangan lupa terjah depa lepas baca ya :)

sheila shahfiekry

Ni nak kenalkan blogger si manis bernama Asha Lya yang berasal dari Sabah kalau tak silaplah. Kan kannn? Merupakan salah seorang blogger yang suka support segmen atau giveaway rakan blogger yang lain. Bagus orangnya. Dari pandangan aku, blog beliau universal. Semua benda boleh diceritakan termasuklah cerita kehidupan semasa. 

Dalam idea mendeko blog, aku suka warna background dan template yang digunakan. Cumanya bloglist macam tak kena je nak buh kat bawah entri post. Blog archieve pula aku rasa better buat scroll box. Nampak lebih kemas daripada memanjang ke bawah. Blog yang nampak panjang ni agak tak menarik. hihi. Jangan marah naa. Ini hanya pendapat peribadi aku. Lain orang lain citarasanya kan? Kalau nak lagi nampak comel, widget followers tu letak atas daripada iklan nuffnang. Senang orang nak follow kalau first time masuk blog Asha ni. hihi sekian :)

sheila shahfiekry

Ni sempoi punya blog, nampak comel pun ya juga. hehe. Aku kan usia je besar tapi suka betul tengok benda comel-comel ni. Header Maisarah Aisya ni sangat lah comel to the max! Blog pun nampak simple tapi tetaplah ada benda daku nak komen. hehe Maisarah sila terima dengan hati yang terbuka ya. 

Aku rasa widget tuan tanah kedaung tu besar sangat sampai makan space untuk entri. Sampailah tadi kita confius ni entri ke widget semata-mata. Better move it to the sidebar. Blog archieve kenapa dekat bawah entri? Macam pelik je. Kita rasa better awak gabungkan dengan tabber widget yang awak bubuh banner blog dengan bloglist tu. Senang sikit kita nak scroll ur previous entri. heee. Dan paling penting, bold kan atau hitamkan sikit warna tulisan tu. Kabur sangat, kita ni rabun. hehee. Thanks mai sudi terima direview kita.

sheila shahfiekry

Miss Banu, kita geram tengok header muslimah awak! hehe. Tapi kan terlalu banyak widget dekat sidebar. Boleh tak awak cuba gabungkan beberapa widget kepada tabber widget. Contohnya seperti dekat sidebar blog kita. Sebabnya tabber widget ni boleh meringankan blog tau. Senanglah nak tunggu blog loading dengan cepat. 

Live Traffic Feed tu rasanya dah tak perlu buh kot. Awak kan ada nuffnang, ada stats kat blog. Boleh check viewer datang dari mana. Besarkan sikit font size kat bahagian komen. Cinonet sangat la, nak baca komen macam susah. hihi. Itu je kot apa yang kita nak tulis. Saya harap awak terus maju dalam berblogging dan sentiasa rajin support segmen atau giveaway rakan blogger ya :)

sheila shahfiekry

Haii tuan blog! Header awak sangat comellah cik mun. Geramji tengok. Hehe. Rupanya ada bakal terpendam. Pandai lukis doodle dan juga ada menerima tempahan doodle. Bestnya! Cik Mun salah seorang blogger yang rajin singgah blog kita. Baiknya dia, kita suka (",)

Kita paling suka tengok font awak, tulisan nampak seketul-seketul. Senang nak baca entri awak. Dekat sidebar tu, macam panjang-panjang semuanya. Apa kata awak buat scroll box? Jimat sikit masa kami blogwalking nak scroll down. hihi. Yang lain bagi kita, semuanya okey je. Semoga terus sukses dalam hidup dan blog ya. 

sheila shahfiekry

Semalam baru tegur sheila pasal review kan, ni haaa dah sampai pun turn awak. hihi. Seorang blogger lelaki yang dikenali sebagai Al-Kisah, nama sebenar ke samaran aku taktahu. Hopefully tuan badan boleh tolong jawabkan ye. hihi. Ni blogger baik juga, rajin singgah blog hingusan aku ni. Thanks a lot bro. 

Aku suka baca entri semasa dia, ayatnya sempoi dan simple tapi ada maknanya. hihi. Dekat tepi sidebar blog ada gambar isteri tercinta dan anak tersayang. Jangan korang beria-ria nak ngorat dia. Suami orang tu. huhuuuu...  Ni kita nak komen sikit pasal sidebar blog macam panjang nau. Apa kata buat scroll box? Pastu gabungkan sikit widget yang bersesuaian dalam tabber widget. Mesti blog awak nampak lebih awesome dan kacak. hihi. Iklan nampak banyak tapi takpelah. Jangan dibuang. Kan itu rezeki blog. hehee. Jangan marah baca ni >_______<

Lepas dah habis menaip ni baru tahu nama dia Saed Ramadhan sebab terbaca kat post spontaneous thursday : jom taip nama sendiri kat google. hihi. Terjawab sudah persoalan nama sebenarnya :p

11 comments

January 3, 2014 at 3:14 PM

wah.. dah mula buat review lik yea sheila.. bagus2.. semangat! heee.. baby mesti suka..

January 3, 2014 at 4:04 PM

lame xnmpk sheila..tb singgah ye ;)

January 3, 2014 at 4:09 PM

dh kembali aktiff ?..lama dok rehat yer...

January 3, 2014 at 6:33 PM

dear akak buka link .my tu tak boleh buka la, nak baca cerita mengandung tu

January 3, 2014 at 9:48 PM

Lama tak baca post akak :)

January 3, 2014 at 9:57 PM

dah lama akak tak singgah sini.. hari tu akak nak singgah blog, tak dapat masuk pula..

January 4, 2014 at 2:31 AM

terima kasih atas teguran dan terima kasih review blog kita =D

January 4, 2014 at 12:20 PM

hai sheila... hihih..lama xnampak.. :) wah review.. kena melawat ni.. :)

January 6, 2014 at 1:02 PM

trima kasih sheila..sbnrnya kita tak pandai lagi nak edit blog nie hehe..nantila kita nak try juga buat.byk lagi nak d perbaiki tu

January 6, 2014 at 2:41 PM

haha tq shiela.. Alkisah nama samaran dalam dunia media social. ED nama panggilan saya.. Saed Ramadhan nama penuh. oraite.. trimas kasih bagi feedback.. nanti saya try adjust kasi cun

January 6, 2014 at 10:13 PM

Tahniah kpd mereka semua.. t kasih diatas perkongsian review ini.. :)

Post a Comment