Review Blog 2.0 #Part 14 | norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 14

Assalamualaikum...

Blog yang simple dimiliki oleh kak Fiezah. Tengok header yang comel tu. Aduhh geram tau. Bergaya dengan gaun kawin yang nampak muslimah, kak.. cair sheila tengok. Sheila sebenarnya teringin nak pakai gaun camtu. hehehe. 

Ads by nuffnang tu better buh bawah entri la kak. Baru nampak kemas sikit. Buat scroll box untuk blog archieve dan gambar yang ada kat sidebar buat versi slideshow. So tak banyak makan ruang dan nampak lebih cantik sikit. hihi. 3 daisypath tu lagi comel kalau akak buat yang versi kecik sikit. Boleh buh kat sidebar tepi. Bawah daripada entri tu nampak bersih daripada widget yang banyak. Ini pendapat sheila je, boleh kalau taknak ikut. Takda paksaan ye. hehe. Semoga terus berblogging kak :)

 sheila shahfiekry

Antara blogger yang pernah jumpa masa iftar tahun lepas. Tak sangka kita pangkat kakak dia. heee. Farisya ni salah seorang admin untuk comunity blooger.com kat fb. Kalau korang nak attend event berbayar atau free bolehlah add https://www.facebook.com/blooggersdotcom. Setiap hari ada je event yang nak pakai orang.

Penggunaan template dan domain tersendiri adalah sangat awesome. Hampir juga nak tempah tapi terpaksa ku pendam hasrat sebab mahal tau. Beratus okey. Tak banyak benda akak nak komen pasal blog Farisya.. Cumanya, iklan atas entri tu macam banyak sangat ditambah pula dekat sidebar pun ada. Bukan nak suruh buang iklan yang mendatangkan wang ringgit tapi kan cuba letak semua iklan di satu tempat yang strategi. Boleh? Demi nak menyuruh Farisya pendekkan masa untuk scroll blog, buatlah tabber widget. Gabungkan beberapa widget biar blog nampak lebih kemas dan teratur. heee. Doa akak, semoga Farisya terus maju dalam blogging dan kehidupan. Ada masa kita jumpa lagi ye dik :)

sheila shahfiekry

Haii pengantin baru! heeeeeee. Rasanya baru sebulan nikah kan kyra? Alhamdullilah kita dapat datang wedding dia. Kyra ni pernah jumpa pertama kali masa iftar bersama blogger bulan 8 tahun 2013. Sampai sekarang still contact, bila jumpa terasa cam dah lama berkawan. Orangnya periang tauuu.

Tapi sheila komen sikit pasal blog kyra ye, jangan marah naa. Widget label kat bawah tu rasanya tak perlu kot. Ia macam memberatkan blog. Sheila nak sarankan kyra buat tabber widget iaitu gabungkan beberapa widget dalam satu widget. Contoh boleh tengok macam sheila punya. Yang lain bagi sheila okey je. hehe keep blogging my dear :)

sheila shahfiekry

Mieza ni antara blogger yang tak sombong dan tak lupa balas blogwalking dengan aku. Heee lama tak singgah blog dia, dah bertukar wajah rupanya. Nampak lebih cantik dan bertenaga. hihi. Mieza ni pandai buat kek tau. Haiihh rasa nak je tempah kat dia seketul dua kek.. Teringin sangat nak rasa kek handmade kawan-kawan. Biasa beli dekat kedai kek macam tak puas hati je >______<

Kalau pasal blog, nak bebel sikit kat Mieza ni. Boleh? Bloglist tu gabungkan dalam tabber widget. Widget 'cerita terbaru Mieza' dengan 'entri meletop' tu seakan sama je. Rasanya salah satu je mieza kekalkan supaya tak nampak banyak benda 'seakan sama' di sidebar. Macam dekat my profile, fanpage and so on.. Kemas je sheila tengok tau. 

Nak tanya sikit, camne mieza boleh buat pages bawah header nampak awesome sangat tu? Tertarik hati sheila bila nak klik dia berubah corak. Ajarkan kita tutorial. heeeeeeee :)

sheila shahfiekry

Kak Ayu Zan, manis orangnya. Blog pun nampak simple dan menarik untuk datang. Nak tanya sikit camne akak buat widget you might also like yang dekat bawah entri tu. Senget-senget ni nampak stylo gak sheila pandang. Bila cari tutorial banyak yang tak menjadi. Boleh kasi tunjuk ajar sikit? hohooo

Nak bebel sikit, kenapa banyak iklan kat blog? Macam-macam bentuk ada, nampak serabut sikit la kak Ayu. Cuba dapatkan sama saiz dan letak satu tempat. Biar senang orang nampak dan klik iklan tu. Widget label kat bawah tu rasanya takpayah letak pun takpe. Tak berapa penting pun. Buatlah scroll box untuk widget seperti about me, google+badge, jerit sini dan followers. Pastu buh kat bawah widget Ayu Zan Story. Kann nampak lebih teratur dan kemas gitu. hehe. Ni ikut imagine sheila tau, tak ikut pun takpe. Sekadar teguran ikhlas daripada sheila. heeeeeeeee :)

14 comments

January 13, 2014 at 12:36 PM

mama terjah mereka semua!!...

January 13, 2014 at 2:17 PM

Wah rajinnya Sheila buat review. :)

January 13, 2014 at 2:26 PM

lama dah terjah mereka ni...

Anonymous
January 13, 2014 at 3:17 PM

semuanyer terbaik kan .. & maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !

January 13, 2014 at 6:01 PM

wah ade lg sambungan review..beznye diorg kena review
ada beberapa blogger di atas yumida kenali..diorg pun sgt peramah

January 14, 2014 at 4:28 AM

Nice review.. akak dh try nk gabungkan widget mcm sheila srh..tp xboleh la.. jd xcntik kotak dia.. cmne tue..huhuhu

January 14, 2014 at 9:43 AM

Assalamualaikum . .lamanya tak blogwalking . . :)

January 14, 2014 at 11:17 AM

wahhh...syoknya kena review. hikhikhik. sheila. nanti skodeng jantina baby inform ekk. kot2 boleh geng nanti. hikhik

January 15, 2014 at 7:38 AM

Tak sabar kena review nnti... hehhee...

January 15, 2014 at 1:39 PM

Assalamualaikum rajin sheila review...akak nak terjah diorg nanti

January 16, 2014 at 3:42 PM

hehe..thanks for review..dlm proses theme blog WP yg baru plak.ahaa.hehehe

January 16, 2014 at 3:49 PM

wah blog kita ble nak review plak huhu

January 21, 2014 at 9:18 AM

Wahhhhh saya punya dah ada rupanya...sorry lambat tiba. I'm sooo busy.terima kasih bagi pendapat dan komen.. I like tau..nnti sy ubah.. pages bawah header dan semua2 kawan yang buatkan..dia tolong edit..saya tak reti..haha

January 21, 2014 at 9:19 AM

Dan header tu pulak Bro Hasrul Hassan yang buat..hehe

Post a Comment