Review Blog 2.0 #Part 16 | norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 16

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Yana ni salah seorang blogger yang rapat dengan aku. Blog beliau ada menyediakan tips, tutorial dan juga merupakan seorang blogger yang kreatif sebabnya Yana ada jual felt craft. Semuanya cantik-cantik dan murah je. Boleh terjah kat fb Nazlyizan Creation

Background dengan header memang comel. Yang tak berapa cuma widget dekat blog. Jum sheila reveal satu-satu ya. Hope yana tak marah sheila tauu. Labels tu rasanya tak perlu letak. Yana boleh gabungkan widget popular posts, blog archieve, bloglist, referer dan busuk.org kepada tabber widget. Blog akan nampak lebih teratur dan senang blogger nak klik mana yang patut. Yang lain, dah ok. Itu je yang boleh sheila komen sikit. Yana, teruskan berblogging aktif ya! Semoga ukhwah terjalin berpanjangan dan dapat berjumpa, in shaa Allah (",)

sheila shahfiekry

Blog ni dah tak aktif, so aku cari dekat google jumpa lagi satu link. Rasanya owner dia orang yang sama kot : http://www.aynorablogs.com/. Betul tak Aynora? Sebenarnya first time jejak kaki blog ni. Boleh nampak daripada pages ada memberikan tips, petua, resepi, tips kerjaya, himpunan doa dan tazkirah. Memang menarik kalau dibaca semuanya.

Blog nampak sedikit serabut dengan widget-widget yang ada berterabur di atas entri dan di bahagian sidebar. Sheila nak cadangkan ads by nuffnang diletakkan dibawah entri. Artikel menarik minggu ini dengan artikel paling hot boleh digabungkan dalam tabber widget bersama dengan bloglist, blog archieve supaya nampak lebih kemas. Sebabnya dekat bahagian bawah entri awak ada buh widget follower, g+, fanpage dengan about me. Terlalu banyak widget jadi tak kemas sebenarnya. Ini pada pandangan sheila. Kalau awak taknak repair, takda masalah. Hak awak. hihi. Bahagian pages memang cukup menarik, apa yang perlu dicari oleh blogger boleh terus klik disitu tanpa bersusah payah nak search older post. Btw selamat berkenalan ya >_________<

sheila shahfiekry

Hunny ni rapat dengan aku, bermulanya kerana kereta. Beliau juga boleh dikatakan famous kerana kereta Kuresya yang selalu menang hadiah contest kereta dan sering mendapat tempahan untuk digunakan dalam wedding photoshoot. Kuresya dia warna pink dan beliau sangat gilakan barang Hello Kitty. Tak percaya? Cuba terjah blog dia. hehhee.

Template yang awak guna, terlalu banyak widget. Apa kata awak cuba reduce widget yang tak diperlukan, contohnya widget kat sidebar sama dengan yang awak dah letak kat bahagian pages bawah header. Awak jimatkan sidebar, so blogger yang datang blogwalking akan senang nak baca dan klik mana yang patut. Mana yang boleh awak gabungkan kepada tabber widget dan buat scroll box pun menarik juga. Blog yang simple ni unik sebenarnya. Tak memerlukan masa yang lama untuk dapatkan pengunjung setia. Trust me dear. hihi :)

sheila shahfiekry

Seorang blogger yang menggunakan nama samaran Memmet Lenggeng. Nama sebenarnya tidaklah daku ketahui. hihi. Boleh check dekat pages ada folder khas untuk pengalaman bercuti dan lawatan yang pernah beliau pergi.

Background blog dah cukup menarik ditambah dengan header yang buat hati rasa tenang melihatnya. ML, sheila nak kupaskan sedikit sebanyak mengenai widget di bahagian sidebar. Bloglist dan blog archieve boleh diubahkan dalam bentul scroll box supaya blog jadi lebih pendek tapi padat dengan infomasi. Life traffic feed rasanya tak berapa diperlukan kerana stats boleh dibaca di nuffnang kan? About me dan followers boleh diletakkan dibahagian atas segala widget agar memudahkan orang mengenali dan cam owner serta tekan button follow dengan mudah. Widget search harus diletakkan dibahagian atas, senang orang nak cari previous entri. Widget Translate dengan facebook share boleh digabungkan dengan widget lain dalam bentuk tabber widget. Boleh refer di sidebar sheila. Ada sebarang pertanyaan, boleh tanya sheila direct ke email ya. hihi. Jangan marah naa kak :)

sheila shahfiekry

Sweetie merupakan seorang ibu dan blogger yang rajin berblogwalking. Suka tengok entri masakan beliau. Dessert yang mengiurkan tekak ibu mengandung. Entri-entri yang dihasilkan berkisar tentang masakan dan life. Penceritaannya sempoi. I love to read it kak sweetie :)

Blog dah cukup simple, tapi ada juga nak disarankan. hehe. Blog archieve, bloglist dan widget sweeten sheila rasa akak sweetie buat scroll box mungkin nampak lebih pendek dan menarik. Gambar dessert tu, kak sweetie buat slideshow. Fuhh mesti awesome! Live Traffic Feed rasanya tak berapa nak digunakan kot. Kak sweetie boleh check stats dekat nuffnang kan? Yang lain semua comel dah. Teruskan berblogging kak sweetie, thanks kerana sudi rajin datang blogwalking blog sheila (",)

19 comments

January 18, 2014 at 9:29 AM

banyak blogger mama tak kenal lagi ni,, mama terjah.... :)

January 18, 2014 at 10:10 AM

wah...awesome! beznye diorg kena review..sis sheila..teringin la nak buat tabber widget mcm sis punya tu..tp yg yumida buat nyer asyik x jadi. huhuhu..
oh ya...pasal kek horlick tu..hihi..jauh la nak pos..kang takut ianya berkulat nanti. kat area kl sana pun ada kedai kek lapis sarawak kan? sama resepi dia. laaa...sian...mesti baby nak mkn kek ni.

January 18, 2014 at 12:07 PM

Ooo maaf ya sheila kalau gambar2 masakan yg terhidang di blog saya tu buat sheila terliur... Gambar2 masakan tu pun ada ceritanya yg tersendiri... ia akan membuatkan saya teringatkan anak-anak... mereka yang minta saya masak makanan2 tu.

Terima kasih atas saranan dan cadangan Sheila... tapi saya ni tak berapa pandai sgt nak buat dan atur semua tu... tak ekspert sgt pasal IT ni sume. Lagipun saya ber'blog' ni sekadar mengisi masa lapang dan memasukkan sedikit catatan untuk kenangan diri dan anak-anak.

January 18, 2014 at 12:50 PM

Lenggeng tu sb dia suka lenggang kott. Hikhik.

January 18, 2014 at 12:59 PM

Orait :) Bulan feb pun xpe hehehe thanks for remembering me hahaha

January 18, 2014 at 2:26 PM

Assalamualaikum sheila. Nti akak nk terjah diorang la...

p/s sheila wassup akak seng sket akak leh tnjuk cth suar pelikat pants mcm johan pakai...0136739484 no akak

January 18, 2014 at 4:41 PM

akak kenal blogger kak zila (memmetlenggeng) tu..

January 18, 2014 at 7:20 PM

Terima kasih Sheila, sbb buat review ttg blogger lain. Selain dr mengenali blogger2 lain, kita semua dapat belajar cara improve blog sendiri. ^^

January 18, 2014 at 9:28 PM

wah nak terjah la nanti.. lama xbw blog2 baru. hehe

January 19, 2014 at 10:25 AM

Saya kenal Zila je... t kasih diatas review & perkongsian ye.. :)

January 19, 2014 at 11:31 AM

Wah rajinnya shiela buat review..nway ada masa nanti nanti kita terjah Blog dia orang..happy weekend ya!!!

January 19, 2014 at 9:24 PM

selamat meng"review", mudahan komen rakan-rakan dapat memperkemaskan lagi blog rakan.

January 20, 2014 at 9:33 AM

Assalamualaikum sheila .. terima kasih review blog yana. yana pon perasan wiget2 tue .. tp .......... yana dh tak tahu mcmana nk gabungkn diorg. kikikiki nk buat mcm wiget2 sheila tue .. tp tak pandai ler ^^

January 20, 2014 at 3:54 PM

Seronok dpt direview cmni.Dapatlah kenal dan tambah kenalan ;)

January 20, 2014 at 5:01 PM

best2 semau blog ni..

January 20, 2014 at 5:21 PM

heheh trimas for the review..oh sungguh malas sebenarnya nak kemaskan benda tu semua..nak upah org takut tak puas hati..tu la dia..hehehehe...love u!!

January 20, 2014 at 6:30 PM

hai sheila..rajin awak buat blogger. such a kind blogger. terus reflect blog sendiri yang apa pun xda.. dulu ada template.. tp 2 years ago dah mula kosong.

January 22, 2014 at 11:18 AM

Terima kasih dik, sangat jujur. Insya Allah...mana yang berguna akan akak praktikkan...

January 22, 2014 at 7:09 PM

okay..nak terjah dan berkenalan dengan mereka :)

Post a Comment