Review Blog 2.0 #Part 17 | norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 17

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Acik Alyn yang mempunyai seorang anak. Background purple memang menarik hati ditambah pula header yang penuh keceriaan dan kekeluargaan. Ahh seronok sheila pandang header tu.

Blog menarik, ada penggunaan tabber widget seperti yang selalu sheila syorkan rakan blogger untuk buat. hehe. Sheila suggest about me dan followers diletakkan dibahagian atas nuffnang. Gambar anak boleh dibuat slideshow bagi menambahkan keceriaan dalam blog. Label isi perut rasanya tak perlu kot. Blog archieve kan sama kegunaanya. Apa yang sheila sarankan ni, hanya untuk meringankan blog dan buat blog nampak kemas tapi padat dengan infomasi. hihi. Apapepun, sheila harap akak terus berblogging ya. Selamat berkenalan (",)

sheila shahfiekry

Blog adik Hidayah Salim ni comel je. First time singgah blog dia. Tak sangka nama ayah sama. hehe. Kita panggil Yaya je boleh kan? kan? Tengok gambar rasa cam muda lagi Yaya ni. Comel je tengok header dia. Penulisan Yaya di entri jua, menambat hati akak +____+

Cumanya warna font perlu digelapkan sedikit, akak tak berapa nak nampak bacaan di blog. hihi. Akak rabun jauh, maaf ye. Tak banyak benda nak komen kat blog adik sebabnya blog dah diedit secantik dan seringkasnya. Salam perkenalan daripada akak, semoga Yaya terus maju dalam kehidupan dan berblogging dengan sukses ya. Jum berkenalan dengan dia?

sheila shahfiekry

Blog ni khas untuk contest. So taktahu nak komen camne. hihi. Yang bagusnya, blog contest camni khas akan support segala giveaway mahupun segmen rakan blogger lain. Aku rasa mesti blog ni pernah dapat banyak hadiah kan? Teringat dulu aku rajin join contest, boleh dikatakan murah rezeki selalu terima hadiah yang tak disangka-sangkakan. hihihi ;p

Nak bagi pendapat sikit tentang widget. Walaupun ini blog contest, tetap juga kita perlu jaga penampilannya supaya orang datang berblogwalking tertarik hati nak terus follow blog ni. Ye dok? Widget followers, blog archieve sila letak dibahagian atas supaya orang senang nak berkenalan dengan tuan blog. Popular posts tu awak boleh cuba ubah jadikan yang berwarna warni. Contoh boleh tengok dekat link ni. Yang lain okey je. Sheila doakan semoga awak murah rezeki, selalu menang hadiah segmen/giveaway ya :)

sheila shahfiekry

Kak Ida, seorang blogger yang aku anggap macam kakak. Alhamdullilah, sekarang kami kongsi satu perasaan bahagia yang sama. Syukur Ya Allah, bakal anak kami akan lahir pada tahun yang sama. Yahoooo! Makin rapatlah kami nanti, kalau dapat jumpa kan best :)

Pasal blog, rasanya bloglist boleh gabungkan dalam tabber widget bersama dengan traffic dan blog archieve. Nampak panjang sangat blog untuk discroll.. Label bawah blog boleh diremove kalau nak maksimumkan penggunaan widget. Yang lain bagi sheila, just nice. Suka berkawan dan berbalas blogwalking dengan Kak Ida. Semoga kita berada dalam kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin. In shaa Allah (",)

sheila shahfiekry

Farihan, selamat berkenalan! hehe. First time singgah sini. Comel ayat yang digunakan Farihan di bahagian headernya. Muka Farihan ada iras dengan blogger Maria Menado. hehehe.

Widget "wallpaper" tu memang kosong ke? Kalau ya, baik dibuang. About me dengan followers baik diletakkan dibahagian sidebar. Biar senang orang nak kenal tuan blog dan follow blog. Gambar di dalam entri, sila kecilkan semasa buat entri. Saya tengok gambar di entri sampai makan space sidebar. heheeee. Ada beberapa widget boleh digabungkan seperti busuk.org, si stalker, gambar, dan juga tetamu jemputan. Iklan nuffnang dekat atas header dengan tepi sidebar bukan iklan yang sama ke? Memang perlu dibuat 2 iklan, atau boleh dijadikan satu sahaja? 

p/s : Diharap ramai orang sudi jenguk blog-blog yang aku dah buat review ni. Ada banyak gambar header blog di dalam review yang sebelum ni telah dibuang tanpa sedar di bahagian google. Tak dapat nak masukkan balik. Harap kalian halalkan ye T_____T'

22 comments

January 20, 2014 at 11:58 AM

rajinnye buat review kan :))

January 20, 2014 at 12:10 PM

hambooiii..rajinya review...hehe..
jom ganti puasa cepat2..

January 20, 2014 at 12:25 PM

bestnya blog kena review.

January 20, 2014 at 3:20 PM

insyallah..boleh singgah blog dia nanti..hehehe

Regards,
-Strider-

January 20, 2014 at 3:30 PM

wahhh bestnya kena review ^_^

January 20, 2014 at 3:41 PM

lama tak nampak sheila kat blog..cuti ye...

January 20, 2014 at 4:59 PM

ho.. ramai lagi lum habis review lagi yea sheila.. hee.. nak singgah jap kat blog2 ni..

January 20, 2014 at 5:14 PM

Good review sheila.. nnti jap akak p terjah depa.. =D

January 20, 2014 at 5:31 PM

rajinnye buat review. mmg blog awk review vlog org ke? gudluck ya!

January 20, 2014 at 5:52 PM

gojes semuanya blog mereka tuu

January 20, 2014 at 5:58 PM

rajin sungguh kamu mereview !!

January 20, 2014 at 6:01 PM

ada sorg blogger atas yg yumida kenal
beznye direview...
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

January 20, 2014 at 6:15 PM

cantik2 header dorang kan...

January 20, 2014 at 9:45 PM

nanti nk terjah semua.. hehe. nice review akak

January 20, 2014 at 11:23 PM

Rajinnya shiela...nanti kalau ada masa kita jengok-jengok dia orang..

January 21, 2014 at 3:52 PM

rajin betul ibu mengandung ni tau..hehehe

January 21, 2014 at 9:03 PM

Assalamualaikum sheila...nti akak yerjah blog diorang ye

January 21, 2014 at 9:03 PM

Assalamualaikum sheila...nti akak yerjah blog diorang ye

January 21, 2014 at 9:57 PM

Assalamualaikum Sheila,wah dah boleh sambung buat review semula ni...dah kurang morning sicknessnya ya ? Mudah-mudahan terus sihat dan semangat ya.

January 21, 2014 at 10:24 PM

Nice blog reviews!

January 22, 2014 at 8:25 AM

Terima kasih buat review blogger Sheila. Boleh juga kenal lebih bnyak blogger. Sheila bagi kritikan pun dengan cara yang baik serta membina. Keep it up!

January 22, 2014 at 6:40 PM

nak berkenalan dengan merekalah lepas ni :)

Post a Comment