♥ CERAMAH UAI DI BSD ♥ | norsheilasalleh.blogspot.com

♥ CERAMAH UAI DI BSD ♥

Assalamualaikum...
Syukur alhamdullilah, setelah sekian lama menunggu untuk mengikuti ceramah UAI, akhirnya sabtu tanggal 16 februari 2013 dapat pergi dengar ceramah beliau yang berlangsung di Masjid Al-Mukarramah Bandar Sri Damansara. Nasib baik petang sabtu tu kami suami isteri pergi ziarah mak dan anak-anak buah di Damansara Damai. Aku ternampak banner tentang ceramah ni. Tapi suami ada kerja luar dengan abang ipar lepas maghrib. Namun, takdir menentukan segalanya. Kerja luar habis cepat. Jam 8 malam, suami amik aku, mak dan adik bongsu pergi ke ceramah UAI.

Keadaan hujan rintik tidak menghalang kami semua. Hampir tak dapat parking, terlalu banyak umat Islam yang turut hadir sama. Lebih kurang satu batu, kami berjalan kaki menuju ke masjid yang terletak diatas bukit. Subhanallah, nikmatMu terlalu besar Ya Allah.

Terpandang manusia yang ramai bagaikan lautan manusia. Syukur Ya Allah, kerana majlis agama seumpama ini kini mendapat perhatian yang sewajarnya. Di kiri dan kanan sepanjang perjalanan kami berjalan ada gerai-gerai dibuka. Pelbagai jenis makanan, buku agama, jubah lelaki dan perempuan serta lain-lain barang turut dijual. Umpama pasar malam pula.

Sesampainya di masjid, kami mengambil tempat duduk bersama saf perempuan yang lain. Ramah sungguh wanita disekelilingku. Tak lokek dengan senyuman manis. Cair juga hati ku. hee. Ustaz Azhar Idrus berada di dalam perkarangan masjid. Dibahagian luar dan sisi masjid dipasang dengan projecter. Speaker yang banyak. Angin sepoi-sepoi bahasa. Terasa syahdu. Ceramah dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Tajuk ceramah malam itu adalah Maulidur Rasul.

Pelbagai cerita menarik tentang Rasullulah SAW dan para sahabatnya di dalam ceramah UAI malam itu. Memang menarik ditambah dengan selingan yang cukup menambat hati. Satu jam untuk ceramah, satu jam lagi untuk sesi menjawab soalan. Serius kelakar UAI, jawapan beliau bercampur lawak spontan. Subhanallah. Aku bersyukur, terpilih untuk menghadiri ceramah beliau. Allahuakbar!

DICORET OLEH : 

16 comments

February 18, 2013 at 3:00 PM

bestnye sheila... ! mar belum pernah ade kesempatan nak ikut crmh ustaz scr live.. hebat pengaruh UAI. anak muda sayang ulama' :D

February 18, 2013 at 3:06 PM

alhamdullilah, memang best mar! tapi sheila teringin nak duduk dgr depan beliau. tak daya lah nak rebut tempat duduk. hehehe. betul mar, sekarang orang dah mula belajar agama sebab pengaruh besar camni. menawan hati :)

February 18, 2013 at 3:42 PM

Abi nory minat sgt dgn UAI, dah byk kali terlepas nak ikut ceramah die sbb abi keje...tu yg die tak penah jemu dgr ceramah UAI kat youtube tu...padahal menda yg sama die dgr hari2..kdg2 dgr die tergelak sorang2 tgk video tu...hehehe...

February 18, 2013 at 3:52 PM

yeker? ramai peminat UAI ni. bagus dgr ceramah beliau, ada selingan lawak jenaka tu yang best. heee. lain kali, cuba tengok area Gombak, dengar2 UAI selalu dekat situ :)

February 18, 2013 at 4:02 PM

bukan artis je boleh jadi idola sekarang. Alhamdulillah.. teringin jugak nak dengar Ustaz ceramah.. selalu dengar utube je. =(

February 18, 2013 at 4:11 PM

betul tu maria. seeloknya kita cari ustaz jadi idola daripada artis. hehe lebih afdal. boleh mantapkan lagi ilmu didada :)

February 18, 2013 at 4:21 PM

Bestnya...mst ramai yg dtg kan? Akk pun teringin gak nk pergi ceramah UAI nie cuma dpt tgk dlm tv jerk..

February 18, 2013 at 4:30 PM

ramai kak, sesak macam nak buat haji. hehe tapi best. alhamdullilah, dapat juga dengar secara live ceramah UAI ni :)

February 18, 2013 at 5:40 PM

waa ustaz Azhar Idrus tu..mesti best kan..

February 18, 2013 at 5:45 PM

yeahh best, alhamdullilah. hee! :)

February 18, 2013 at 6:36 PM

bez nyer..tapi BK suke gak penyampian habib syech ali zainal

February 18, 2013 at 7:48 PM

Aku dan wife memang dah target kalau UIA datang Melaka kami pasti akan pergi..

February 19, 2013 at 1:28 PM

sheila tak pernah dgr lagi habib syech ali zainal. nanti nak cuba dengar kat youtube ye. heee :)

February 19, 2013 at 1:42 PM

insyallah, UAI akan ke sana. just wait it. hee :)

February 19, 2013 at 11:14 PM

Masih tak berkesempatan nak join sama..In Shaa Allah one fine day kan..and Alhamdulillah ramai yang hadir majlis ilmu macam ni and UIA ada aura and selamba aje..

February 19, 2013 at 11:43 PM

insyallah, semoga UAI bisa singgah ke semua tempat setiap negeri agar org ramai boleh mengikuti kuliah beliau. tak kering gusi sepanjang menghadiri kuliah beliau. hihi ♥

Post a Comment