CINTAN CINTUN DI FUN FAIR | norsheilasalleh.blogspot.com

CINTAN CINTUN DI FUN FAIR

Assalamualaikum...

Cuti sakan 5 hari sempena Raya Cina adalah sangat menyeronokkan. Dapat balik kampung, berkumpul dengan ipar duai. Layan karenah anak-anak buah. Happy tengok mak dan ayah ketawa gembira jumpa kami semua. Sangat terasa kasih sayangnya. Tambahan pula, kali ni kami semua meraikan anak buah, Ecah yang dapat 5A untuk PMR. Sambut hari lahir cucu sulung - Siti. Alhamdullilah syukur. Sebagai Mak Su, tumpang bangga sekali. Siap dapat hadiah motor ego baru lagi. Bestnya. hehe. Kami keluar dinner dekat Restoran Tomyam Kluang. Sedap-sedap lauknya, tapi aku makan sikit je. Tekak masih belum pulih sepenuhnya. Takleh nak makan makanan bergoreng. Minyak tu spoil gila rasanya.

siakap masak 3 rasa
chicken chop

Aku pandang orang sebelah, makan tak ingat dunia. Wahwah. Makin bulat setiap kali balik kampung. heee. Adalah sejam lebih makan-makan dan lepak-lepak. Kami suami isteri dah ada rancangan tersendiri even hujan renyai-renyai. Masa balik naik bus tempoh hari, dah terpandang satu fun fair dekat Kluang. Suami dah bagi harapan, maka dibawanya aku ke situ. Rugi betul anak-anak buah tak naik satu kereta dengan kitorang. hehehe.

Sampainya kami, kena bayar rm4 untuk per enter. Budak cuma rm2 per enter. Kitorang ronda-ronda, mencari game yang best. Suami suruh aku menembak kerana kepakaran menembak aku yang takleh disangkal. hihi. Aku tolak offer tu pasal tak banyak choices hadiah. Buat rugi menembak je. hehe. Kitorang gamble beli sorang 10 token dan terus beratur kat dalam satu game bernama challenger.  Tempat duduknya dalam bulatan, dah ada 3 remaja lelaki duduk dikerusi masing-masing. Kitorang buka sandal masing-masing. Ambil tempat duduk bersebelahan. Suami ready buka spek dia dengan sorokkan cap dalam baju. Risau terpelanting.

Sepasang couple naik selepas kami. Wajib pakai seat belt, pastu lock automatik disediakan. Hati mula debar. Dup dap dup dap... Kami mula dihayunkan. Kiri, kanan, depan, belakang. Aku lupa nak pergi toilet. Aku makin nervous! Mula pejam mata dan menghayati kelajuan demi kelajuan. Whoahhh! Laju gila wei, buka mata nampak diri ini dilayangkan jauh ke atas. Mak abah! takutnya. Suami duk panggil nama aku. Aku antara dengar dan tidak. Masih feeling bercampur ketakutan. Dalam 6 pusingan, baru aku rasa ok. Menjerit tu normal kan? Tapi aku siap mengucap, sebut nama Allah banyak kali. Lama-lama baru terasa ok.

challenger !
dihayun dalam kelajuan maksima !
muka pening lalat, terus posing berdua (T__T)

Hampir 20 pusingan, lama gak aku menahan nak buang air kecil. Alhamdullilah, sampai ke sudah game tu namun masih mampu menahan. Menggigil sejuk, dah la hujan renyai. Kena hayun 20 pusingan. Menahan air kecil lagi. Tapi aku kagum dengan suami. Even dia tak nampak apa sebab buka spek, dia masih rileks kat atas tu. Lagi satu respek, keberanian dia. Korang tahu, sebenarnya kitorang suami isteri ni jenis tangkap muat. Kitorang bukan penakut, tapi kitorang suka beranikan diri. Macam fear factor, cabar diri sendiri. Alhamdullilah, aku kagum dengan suami. Siap ajak repeat lagi game yang lebih mencabar. Tapi den tak sanggup. Lain kali insyallah akan cuba lagi bersama suami. hehe.  Ini adalah pengalaman baru kami bersama ♥

token : rm2 untuk 1 token
masuk fun fair : rm4/dewasa & rm2/kanak
lokasi : Kluang Central

DICORET OLEH :

26 comments

February 14, 2013 at 2:34 PM

assalamualaikum shiela...bestnya enjoy...:)

February 14, 2013 at 2:36 PM

Wah bestnya... akk balik kg xdpt pun g funfair..ujan jerk d kampung

February 14, 2013 at 2:42 PM

waalaikumusalam kak masz. hee memang best sangat :)

February 14, 2013 at 2:43 PM

hehe kitorang pun nyaris taknak masuk. tp dah sampai, rugi kalau tak cuba, heheheheheehe johor hujan sepanjang hari kak :)

February 14, 2013 at 2:47 PM

Uikkk...kalau naik yg ni memang rasa macam nk pengsan..ngeri...

February 14, 2013 at 2:51 PM

hehe ngeri sangat kak linda. nasib baik tak lemah semangat. hehehehe tapi sekali cuba best gak :)

February 14, 2013 at 3:03 PM

dah lama tak g fun fair ... seronoknya cuti ngn family kan ^^

February 14, 2013 at 3:13 PM

aah, hehehe fun fair adalah sangat menyeronokkan hati yana :)

February 14, 2013 at 4:41 PM

kalau tau sheila blk kluang..leh calling2 kan :)

February 14, 2013 at 4:45 PM

insyallah kak! ada ada no phone, senang le lepas ni. hehe

February 14, 2013 at 5:55 PM

wahh seronoknya g fun fair...dh lama tak g fun fair... slam singgah :) hehe

February 14, 2013 at 6:04 PM

yeayy memang seronok awak. hee silalah singgah fun fair! heee terima kasih singgah sini :)

February 14, 2013 at 6:17 PM

sama2..terima kasih juga singgah blog saya... saya rasa walaupun macam terlambat saya nak wish, tapi saya nak wish juga selamat pengantin baru kat awak... hehe :)

February 14, 2013 at 6:24 PM

heee malu je dengar org wish kita. kita pengantin lama dah. ehh? hee awak lain la, baru lagi. hehehe sama2 kasih awak. semoga ukhwah terjalin antara kita :)

February 14, 2013 at 7:58 PM

ehem2.. romantik lah bercintun di funfair hehe. kelass sheila taw, muke pening lalat pn boleh tersnyum manis :)

*bru sminggu x singgah dah tukar sidebar belah kiri plak ^^

February 14, 2013 at 8:57 PM

Bercuti sakan yer..patut senyap jer tak bebelog. Sedap nye siakap..peberet kak nealopah tu.

February 15, 2013 at 2:37 AM

Amboi, romantiknya!
Ok la boleh senyumlagi. Kalau ibu, jangankan senyum berdiripun dah tentu tak mampu..

February 15, 2013 at 9:49 AM

fun fair classic.. susah nak carik sekarang ni hihi

February 15, 2013 at 10:19 AM

hahaha haruslah sengih sikit. tengah ketaq lutut tu mar. menahan sejuk dan nak terkucilnya. hahahaha. boring, sebab tu suka edit2 sidebar. hahahaha. jangan pening pula mar ye! hehehhehee. fun fair best! harus bercintan cintun disana huhu ;p

February 15, 2013 at 10:20 AM

heee cuti lama kak nea. ikut balik kg suami. hehehehe. meriah kak, siakap tu sedap cuma terlebih garing. hehehehhehee

February 15, 2013 at 10:21 AM

hahaha senyum itu wajib ibu. padahal rasa nak melayang tu. dah kena hayun 20 kali. hahahahahhaha ;p

February 15, 2013 at 10:40 AM

hehe. betul! tak semua game dia syok macam sheila pergi ni kak. hehehehe lucky me :)

February 15, 2013 at 11:34 AM

Mmg best naik menda alah ni...tp abi nory takut naik mnda2 ni.tapiii nory suka..hihihi

February 15, 2013 at 11:55 AM

tahu takpe. ni nak ajak repeat lah. taktau nak main kat mana area KL. heee. jom main sesama nak nory?

February 15, 2013 at 12:28 PM

kalau saya pun kak , tak tau boleh lepas tak 20 pusingan tu .. hehee

February 15, 2013 at 12:33 PM

sejujurnya sheila pun cam nak suruh dia berhenti. tapi mcm spoil pulak. teruskan aje, lama2 ok tia. hehe :)

Post a Comment