KELUARGA TERCINTA ♡ | norsheilasalleh.blogspot.com

KELUARGA TERCINTA ♡

Assalamualaikum...
Bercinta sangat bila dapat spend time dengan keluarga dan anak-anak buah yang sedang membesar dengan comelnya. hee. Rasanya dekat 2 minggu tak berjumpa dengan mereka semua. Mak ajak datang sebab ada masak sedap-sedap. Mak memang camtu kan. Kalau masak banyak, mesti teringat kat anak-anak. Ajak makan bersama. Kan? Mak adalah manusia paling prihatin tentang anak-anaknya. Semua mak macam tu! Patutlah Allah bagi seorang ibu kedudukan yang tinggi. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Redha seorang ibu, maka redha jua Allah pada kita. Subhanallah.

Syukur sangat, aku punya 2 mak, 2 ayah yang sangat aku sayangi. hehe. Even kasih ayahku tidak ditunjukkan, aku tahu papa menyayangi kami semua jauh disudut hati beliau, Eh? Lari tajuk pula. hihi.

Hari minggu yang lalu, 2 hari berturut kami suami isteri spend time dengan keluarga aku. Seronok! Payin suka sebut " Oi Oi " iaitu Ultraman. hahahaha. Kalau kita sebut oi oi teus dia bangun dan buat aksi-aksi Ultraman. Kadang tu dia terasa excited , then kita jadi mangsa oi oi dia. Kena tomoi, memang best layan karenah budak ni.

Adik dia, Maman pun boleh tahan. Senyum sokmo aje. Tapi pantang tengok ummi dia jauh sikit, terus melalak. Al maklumlah, anak bongsu kan, Harus manja lebih sikit. Eh tak, harus banyak!

Buat anak-anak buahku, ketahuilah Moktie & Poktie sangat menyayangi kalian. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh untuk ummi babah kalian. Much love ♥

DICORET OLEH :

12 comments

February 19, 2013 at 9:37 AM

Btl sgt, klu blk kg, mak lah org yg plg sibuk nak plan nak msk apa tuk anak cucu

February 19, 2013 at 12:17 PM

yap, mak is the best. heee wajib spend time dgn family. terasa disayangi sgt ♥

February 19, 2013 at 12:23 PM

Mmg best kalau blk kg.. Kalau blk mmg berat je rasa hati nk tgglkan family.. Akk pun mcm tu kalau blk kg mak akn tya nak mkn apa...

February 19, 2013 at 1:47 PM

hehe, best kan. kalau boleh setiap minggu nak jumpa mak2. jemu nak makan masakan sendiri. hehehe terasa cam anak manja lak. hihi :)

February 19, 2013 at 2:22 PM

seronoknyer.. baca n3 tu pun dh dapat rasakan perasaan itu!

February 19, 2013 at 2:50 PM

heeee yeker? terima kasih KA :)

February 19, 2013 at 3:14 PM

sheila boleh dah tu.. xlame anak sendiri pulak kan.. hihi :D

February 19, 2013 at 3:22 PM

amin. heee insyallah. semoga dipermudahkan rezeki anak :)

February 19, 2013 at 4:30 PM

seronok sekali2 berkumpul...makan sama2..

February 19, 2013 at 5:17 PM

mak..she's the bestttt

February 19, 2013 at 5:49 PM

betul tu bunda. amat menyeronokkan. terasa cam budak kecil pulak. hihi :)

February 19, 2013 at 5:50 PM

always be right, hee :)

Post a Comment