SPNB - SKIM RUMAH PERTAMAKU | norsheilasalleh.blogspot.com

SPNB - SKIM RUMAH PERTAMAKU

Assalamualaikum...
Hari tu, ada suatu masa aku bangun lebih awal daripada biasa. Sempat juga melayan tv, rancangan pagi iaitu Malaysia Hari Ini (MHI). Tiba-tiba keluar satu tajuk perbincangan iaitu Skim Rumah Pertamaku oleh SPNB. SPNB tak tahu? Stand for Syarikat Perumahan Negara Berhad. Aku memang tertarik dengan rancangan ni sebab minggu lepas ada abang ipar aku cerita pasal ni. So aku bagi perhatian penuh dengar segala details. Siap catat dalam note lagi, nak buat reference sekiranya perlu.

Tadi aku buat website SPNB, alhamdullilah. Maklumat segala macam semua ada terletak disitu.


Ciri-ciri dan Faedah Utama
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan
Peminjam/Pelanggan Yang Layak
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur tidak lebih daripada 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada  RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM400,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 40 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Berminat tak? korang boleh baca soalan lazim di website >> sini <<

DICORET OLEH :

7 comments

February 21, 2013 at 1:55 AM

goooo sheila gooooooooooooo! :)

February 21, 2013 at 9:40 AM

bagus la skim ni kan.. huhu zmn skg bkn sng nak ade rumah sdiri.. tanah rumah smua mahal ~

February 21, 2013 at 9:59 AM

thank you yangggggggggg :)

February 21, 2013 at 10:00 AM

betul mar, sheila ingat time muda gini lah cepat2 buat. nanti ekonomi dah takleh catch up. balik kg je. ada rumah sndri dah. hehehe

Anonymous
February 21, 2013 at 12:25 PM

eloklah beli masa umur muda2 lagi ni !

February 21, 2013 at 12:43 PM

betul tu, masa depan nanti tak menyusahkan org lain. heee ♥

Anonymous
January 8, 2014 at 3:46 PM

Sy nk tye mcm mne nk buat pembayaran insuran kebakaran

Post a Comment