Radix Fried Chicken | norsheilasalleh.blogspot.com

Radix Fried Chicken


Assalamualaikum...
Ayam goreng dan aku tak dapek dipisahkan. Pantang nampak ayam goreng, tak kira ayam goreng kfc ke, ayam goreng mcd ke, ayam goreng jual tepi jalan rm1.50 pun mesti beli. heeee. Buat masa sekarang aku suka discover tempat jual ayam area Sungai Buloh. Bukan apa, kalau dah dekat dengan rumah. Senang nak ajak cik abang sekali. Tak gitu?
Dekat Sungai Buloh tu dah ada TSB. Pernah lalu situ? Kawasan tu tapak kilang, dah dinaikkan jadi kedai-kedai. Ada Bank Islam, Courtsmamoth, Ayam Penyet, Kedai Jamu, Kedai Sukan, Kedai Buku (besar punya), Hotel TSB, Kompleks Badminton dan juga Radix Fried Chicken. Lama dah aku perhati kedai ni, lepas berbuka puasa ajak suami tapau ayam kat sini.
Kami terpaksa tunggu lebih kurang 10 minit untuk ayam goreng masak. So aku pun snap lah kawasan persekitaran kedai ni. Not bad. Ada banyak kata-kata nasihat (agama) dan tips berguna untuk pengunjung RFC. Memang teruja aku baca semua tu. Terus set mind, owner kedai mesti orang beragama Islam. Teruja nak support RFC sebab takda gov tax dalam pembelian. hehehe. Murah sikit harganya daripada KFC. 
sheila shahfiekry
Lepas google baru tahu, RFC ni milik bumiputra bernama Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan (HPA). RFC ni mula beroperasi mulai 1 Jun 2008 dan mempunyai pusat operasi di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah. Kagum aku dengan pencapaian beliau. Kalau korang nak tahu, RFC juga terkenal dengan kopi radix. Tapi tak sempat lagi nak rasa kopi. Insyallah akan singgah sini lagi.
sheila shahfiekry
Suamiku order burger. Rotinya agak keras tapi dagingnya not bad. Cadangan aku, harus perbanyakkan sayur dan variasikan warna. Nampak hambar sangat burger ni. hehehe. 
my fav food ever - fried chicken ;p
Ayam goreng, sentiasa sedap di tekak aku. haha. Cuma tak berapa spicy macam ayam goreng mcd. hehe. Korang dah pernah makan RFC berhampiran dengan tempat korang? Share with me...

41 comments

September 26, 2013 at 8:21 AM

Assalamualaikum sheila...

kenit tak pernah try lagi RFC ni, kat Kg Pandan takda lagi setakat ni. (^_^)

September 26, 2013 at 9:04 AM

kakija belum makan lagi RFC NI tapi ayam organik HPA da pernah makan. rasanya sama aje. cuma cara penyediaannya lebih bersih. kat kl belm ada lagi kot.

September 26, 2013 at 9:07 AM

Alhamdulillah...nampak sedap

September 26, 2013 at 9:24 AM

xpenah plak try la RFC ni...tp btl bege tu nmpak plain tp ayam nampak lazat lah jugak ;)

September 26, 2013 at 9:30 AM

dah pernah rasa.. kat sg petani penah.. kat aloq staq pun penah... Radix ni kalau x silap syarikat direct selling... sbb dulu member pernah ckp... jd member mkn sini pun dpt point.. ntah ye ke idok pun tak tahu ler... tp mmg bumiputra... selain kopi radix 'mai sechawan' tu ade byk lg produk keluaran diorang ni...

September 26, 2013 at 9:39 AM

Nampak sedap...blh cuba nnt kalau ke sana. :D

September 26, 2013 at 9:44 AM

lapar tengok ayam nie sheila...

September 26, 2013 at 10:14 AM

tak pernah sayang, ni pun baru je dengar RFC.. thanks bagitahu ya yang, kalau datang sg buloh bleh menapak jap :)

September 26, 2013 at 10:22 AM

Sedapppp... akak mmg selalu ke Radix Fc, dekat dengan opis. Burger kalau kat ktn ni mmg bnyk sayur sayuran. Chicken chop dia mmg terbaikkk...cuba nnti yer!

September 26, 2013 at 10:52 AM

Ni laa first time dgr psl restoran ni. Tp kopi radix mmg minuman kegemaran ayah sy ;)

September 26, 2013 at 10:53 AM

ayam goreng..kalau kat rmh sll laa buat sbb mia suka mkn cam upin ipin katanya

September 26, 2013 at 10:55 AM

Dah penah makan dah. Tapi sekarang kedai tu dah tutup.
Dah tak dpt makan RFC.
Btw, kita juga suka sangat ayam goreng. Sangat! :)

September 26, 2013 at 11:28 AM

bleh lawan KFC tak..hu3

September 26, 2013 at 11:44 AM

x pernah makan lagi
atpi tahu ada ayam goreng ni
nnti boleh lah cube kan
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida
umielman.blogspot.com
dfah follow blog ni no365

September 26, 2013 at 12:00 PM

dekat area rumah saya pun, tapi tak pernah pula try kat situ..

September 26, 2013 at 12:08 PM

oo suka makn ayam goreng.. sya suka makn ayam goreng tapi suka bahagian yg tulang2 sikit haha

September 26, 2013 at 1:18 PM

kat area saya takde laa plak.. huhuhu

September 26, 2013 at 1:43 PM

hamboih! Tshirt i love krabi, tuu...

hehe

September 26, 2013 at 1:43 PM

Hamboih... tshirt i love krabi tuu...

hehe

September 26, 2013 at 1:44 PM

Fiza pernah sekali mkn kt radix sg. buloh.. lgpun Fiza kje kat Bandar baru sg. buloh.. ayam dia sedap..

September 26, 2013 at 2:33 PM

nampak sedap ayam tu sheila.. akak pun suka makan ayam goreng juga.. :D

September 26, 2013 at 4:38 PM

pernah makan kat sg petani..dan masa rombongan belajar pernah masuk kilang Radix Cola..

September 26, 2013 at 4:42 PM

serius KA tak pernah cuba lagi hehehe

September 26, 2013 at 5:30 PM

x pnh mkn la sis sheila
mcm sedap je namanya tu
yumida semua jenis masakan ayam grg yumida telan..so yummeh!
isi tabung komli sini

masih tringat kisah shida tu..yg tersalah panggil nama...mmg kelakar sgt2

September 26, 2013 at 9:22 PM

tak pernah makan radiz lg.. nmpk sedap :)
sorry dear coding blog dh lari.. nk cari org edit blog. dh tak tahu nk bt apa :(

September 26, 2013 at 9:32 PM

Rfc lagenda height tue dekat ngn rumah family akak.. selalu lalu penuh jer tapi sekali pn akak tak pernah singgah..hehehe xtahu kenapa tak terasa nk try lg..=D

September 26, 2013 at 10:08 PM

pernah makan di HQ sungai petani tu masa adik pompuan kawen kt sana. chicken chop dia best. di setiawangsa ada dulu tapi dh ditutup. tapi yang di kluang johor masih meriah sambutannya.

September 26, 2013 at 10:11 PM

pernah makan sekali seumur hidup di RFC lagenda height sg petani tu masa adik pompuan besanding kat sana. kat setiawangsa tu dah tutup. kurang sambutan agaknya. tapi yg di kluang johor masih meriah kabonye.

September 26, 2013 at 10:23 PM

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

September 26, 2013 at 10:43 PM

luqman selalu gk singgah RFC dulu mase kt kedah..mati2 ingt RFC ade kt kedah jer..hehe..sy nih hantu ayam akak..xleh berpisah dah..haha.

September 26, 2013 at 10:58 PM

Orang Sp memang dah maklum tentang RFC ni... n kopi radix tu memang sedap sheila .."mai secawan ! " baru minum td kedai mamak..hihi.

September 27, 2013 at 3:19 AM

tak pernah try lagi nie.
insyallah satu hari nanti. hihi.

September 27, 2013 at 4:13 AM

RFC.. nampak menyelerakan.. bersih pun bersih.. thanks sharing ye :)

September 27, 2013 at 10:18 AM

assalammualaikum babe. aku dengar lah. chicken rice dye ke chicken chop dye sedap. orang cakap lah. tapi aku tak pernah try. hehe

September 27, 2013 at 10:58 AM

err.. sheila, teman pun pernah gi gak sini.. yg kat ipoh punya radix fc... tapi rasa mcm x kena dgn tekak teman.. tp bg org lain ok je kot..

September 27, 2013 at 11:04 AM

Assalamualaikum . mok su . ain pun peminat tegar ayam goreng . kat tempat ain ada tapi belum pernah jejak . huhu . ain rajin beli ayam goreng giant taman sri kluang . *cehhh gitu eaaaa . .

ayam goreng dia .buat ain lupa ayam KFC ,MCD . and ayam tepi jalan . fuhhh . . teramat sedap :D Alhamdulillah .

September 27, 2013 at 4:50 PM

Makanan macamni memang sedappppppppp.... Heheheeheh

September 27, 2013 at 7:27 PM

err, kat area aku kfc banyak. tp yg radix setakat ni tak jumpa lg.

September 28, 2013 at 5:10 PM

Akak xpnh mkn rfc lg

September 30, 2013 at 5:45 AM

Ayam RFC ni bukan ayam bandar biasa yg diorang pakai..mereka guna ayam organik yang makan tumbuhan herba dan tidak dicucuk hormon tumbesaran. Sebenarnya ayam bandar tak berapa elok kita selalu makan. Boleh mengubah hormon kita..ada juga kes ayam babi dulu.. saya mmg pembeli tegar ayam organik.. RM18 sekilo dah siap potong, bersih, tanpa kepala dan tanpa lemak yg banyak.

October 2, 2013 at 10:25 PM

first time dgr nama tmpat tu..

mcm upin ipin pula ye suka ayam..hehehe

Post a Comment