Review Blog 2.0 #Part 4 | norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 4

Assalamualaikum...
Ibu Salmi, antara blogger yang aku anggap sebagai ibu. Pernah direview oleh aku suatu ketika dahulu. Tak sangka ibu sudi juga memeriahkan review sheila ni. Blog ibu sangat kemas. Guna background putih, memang bagus sekali. Gambar doodle di header ibu, salah satu tarikan sheila ketika pertama kali jejak sana. 
Ibu bijak menjimatkan ruang diblog. Boleh dikatakan blog ibu cepat loading. Widget digabungan kepada tabber. Ibu banyak memberikan tips keluarga bahagia, tips jadi suami isteri yang baik, doa-doa harian, khasiat makanan seperti ulam-ulam yang sangat jarang didengari oleh sheila dan juga resepi unik. Sheila sungguh kagum dengan pendekatan ibu dalam entri-entri yang dihasilkan. Ibu juga mempunyai bakat kreatif tau. Pernah siapkan hantaran untuk keluarga terdekat. Nak bagitahu korang, Ibu sebenarnya seorang guru. Thats why, i love to read your entry ibu :)
First time masuk sini, rasa tertarik kerana menggunakan domain blogspot.com dan layout untuk SEO. Unik kan? Tapi iklan banyak sangat. Kalau iklan versi kecil sedikit dan digabungkan dalam satu widget, lebih menarik kot. Widget yang banyak boleh dikurangkan sedikit supaya blog awak tak messy dan cepat loading. Amik mana yang penting. Sheila syorkan masukkan widget yang nak dikurangkan kepada pages dan bubuh di bawah header. Rasanya strategi itu lebih memantapkan blog cik matahari daripada kelihatan bosan sekaligus menceriakan blog. *harap tak marah sheila memandai review itu ini*
Cara penulisan, sheila suka. Senang dibaca dan mudah difahami. Isinya hanya yang penting dan menarik. Sheila berbesar hati dapat tengok template yang cik matahari gunakan. Sheila berkenan sungguh. Err boleh bagitau template ni free ke berbayar? hehee
Ayat yang ada diheader dia, betul-betul buat aku tersengih! Aku boleh rasakan sense of humor Cik Itah ni. Blog dia simple, kecik, comel dan warna biru tu buat aku bluess. Penceritaan di setiap entri dia simple tapi bermakna. Aku boleh agak Itah ni simple dan sempoi. Teringin nak berkenalan lagi Itah, hehehe. 
Widget yang ada, tak banyak. Nampak kemas setiap perincian. Tapi widget followers tu lebih baik diletak dibahagian atas. Nampak lebih appreciate semua followers kesayangan. Kalau boleh, cuba adjust sikit widget yang ada atau gabungkan mana yang boleh sebagai tabber widget. Yang lain, semua okey Itah :)

20 comments

September 16, 2013 at 11:38 AM

yeah..masa yg sesuai utk terjah mereka semua di hari malaysia ni
isi tabung komli sini
kalau free, jemput LIKE post ni:

https://www.facebook.com/yumida00000/posts/446287318817861

TQ :)

September 16, 2013 at 11:59 AM

wahhh...komen yang membina hee thanks akak :) InsyAllah ada masa sy gabungkan widget+ tu..hee
thanks for that review , i really appreciate it^^

September 16, 2013 at 12:49 PM

Salam Sheila, Blog Ibu 1st time singgah..cik matahari dan cik itah dah biasa ..dah kenal.

Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti.

September 16, 2013 at 1:00 PM

dtg nk terjah blogger hebat dkt atas tu

September 16, 2013 at 6:43 PM

not bad

September 16, 2013 at 9:48 PM

Saya amat senang dgn review anda, jujur dan telus cuma pendek sangatlah, xcukup...hehe

September 16, 2013 at 11:45 PM

salam, sorry lmbt reply :) okeh, zam dah buat mcm yg adik request tu :)

September 17, 2013 at 12:13 AM

terima kasih sheila.:) dah selamat blog CM direview kat sini ye.komen dan ulasan ttg blog CM mmg bernas dan mmg nak tahu apa komen sheila ttg blog CM ni.Pasal template tu, namanya thesis blogger template, free je. Kalau nak download boleh pi ke forblogger.net. terima kasih banyak sheila atas review ni.semoga sheila akan terus cemerlang dengan dunia blogging ni.

September 17, 2013 at 12:20 AM

semuanya menarik.. nk terjah la. ehehe

September 17, 2013 at 9:49 AM

Tengah study pasal berblog ni..maklumlah baru nak berjinak2..thanks for info.. :)

September 17, 2013 at 10:48 AM

bertambah lg blog tuk difollow...yg aritu pun xsempat lg...plan2 pun xpe kan...hihih tq sheila

September 17, 2013 at 4:49 PM

semuanyer terbaik !

September 18, 2013 at 9:43 AM

bestnya blog diaorang :D

September 18, 2013 at 4:19 PM

bestnya kalau dapat direwiew oleh sheila.. sebab sangat jujur komennya ya.. hehehehe

September 18, 2013 at 10:43 PM

Okey jap nk p terjah depa semua tue.. ;)

September 19, 2013 at 12:07 AM

Lama tak terjah blog ibu

September 19, 2013 at 7:19 AM

Semuanya tak pernah singgah lagi..kikiki

September 19, 2013 at 6:45 PM

Sudah melawat yang ke#4 juga :)

September 25, 2013 at 12:20 PM

terjah lagi...

September 25, 2013 at 4:13 PM

Nak singgah blog dia orang kejab lagi.

Post a Comment