MALAM KEMBARA DAKWAH RASULULLAH SAW (LIVE) | norsheilasalleh.blogspot.com

MALAM KEMBARA DAKWAH RASULULLAH SAW (LIVE)

Assalamualaikum...
Syukur alhamdullilah, kerana diizinkan Allah SWT untuk menghadiri majlis ilmu sebegini bersama suami dan ipar duai. Pada yang sedia maklum, rabu minggu lepas aku ada publish satu entri berkenaan dengan Malam Kembara Dakwah Rasulullah SAW bersama Habib Syeikh Al-Sagaf.  Korang ada baca tak? (sila klik link yang dibold dan dibesarkan font itu)
06.30 petang : last minute, suruh suami try ajak bestfriend dia. Alhamdullilah. Akhirnya kami dapat pergi, tapi tidak bertiga saja. Abang ipar dengan akak ipar pun joined sekali. Muat satu kereta, hahaha, cam sardin pun ado gak. Takpe, dalam tak sedar kami berhimpit kat belakang tu akhirnya sampai jua kami ke destinasi iaitu Dataran Merdeka
08.35 malam : subhanallah, ramainya umat Islam sama-sama menghadiri majlis ini. Sepatutnya jam 8.30 malam dah start, tapi kerana menghormati waktu solat Isyak dan berkemungkinan orang akan keluar lambat lepas menunaikan solat, jam 9 malam bermulalah kembara dakwah tersebut.
kami duduk jauh sikit...
pengantin forever, insyallah :)
09.00 malam : oleh kerana kami tak dapat duduk dekat dengan pentas, tak dapat nak snap picture Habib and the gang masa tengah berqasidah. Spek pulak buat hal, dah tercalar balar lepas 2 minggu tertinggal dalam kereta mak. Apakah nasib ku? hmm. Sikit-sikit je nampak, nasib baik ada screen besar. Membantu sangat-sangat. hee. Rasa tenang sangat dengar alunan Qasidah daripada Habib. Kami semua sama-sama berqasidah.
11.00 malam: qasidah dah habis baca. So ada ceramah sikit berkenaan dengan Rasulullah SAW. Semua masih tidak berganjak dan menghayati ceramah dan dakwah yang disampaikan.
11.30 malam : terasa sekejap sangat masa di situ. Hihi, ada gak gambar berdua dengan suami tercinta. Nah, aku tepek sekeping dua gambar untuk tatapan kalian. Insyallah, sekiranya ada lagi majlis ilmu seperti ini aku akan war-warkan kepada korang semua ya.
DICORET OLEH : 

25 comments

March 25, 2013 at 3:09 PM

Alhamdulillah, akak tengok dlm Tv jer.

March 25, 2013 at 3:28 PM

bestnye dapat pergi live... war warkan tau dalam blog ni kalau ade majlis ilmu seperti ini... :)

March 25, 2013 at 3:39 PM

alhamdullilah. bestnya tengok dalam tv. nampak dekat. kami tengok dari jauh je. hehhee :)

March 25, 2013 at 3:39 PM

best, syukur sangat dapat pergi haritu. insyallah awak. nanti apa-apa sheila war-warkan ye. heee :)

March 25, 2013 at 3:58 PM

Akk plan nak pegi tp kwn mintak tolong pindah rumah. Xpelah xde rezeki, in shaa Allah lain kali blh pegi kan? :)

March 25, 2013 at 4:03 PM

takpe kak lynn, insyallah ada rezeki lain kak lynn boleh pergi. hehhehe :)

March 25, 2013 at 4:34 PM

alhndlh .. dpt jgk pergi mjls agama mcm nie kan. ^^

March 25, 2013 at 4:41 PM

alhamdullilah syukur, best sangat yana :)

March 25, 2013 at 4:55 PM

Wah bestnyaaaa! :D

March 25, 2013 at 4:56 PM

heee. memang best aina :)

March 25, 2013 at 5:35 PM

Alhamdulillah, ibupun sempat tengok di kaca tv..

March 25, 2013 at 5:40 PM

alhamdullilah. sheila tengok live best juga tapi tak nampak jelas sangat ibu :)

March 25, 2013 at 5:42 PM

kte pun sama, tgk dkt tv je..tak mampu nak ke sana :)

March 25, 2013 at 5:47 PM

ala takpe. sekurang-kurangnya tengok kan. hehehhehe :)

March 25, 2013 at 11:53 PM

wahhh bestnyee...skrg mlm2 kena krg tgk tv,exam is coming soon..tatoottt..rugi betul xingt nk tgk ni..sobsss..dok bace cerita orang kat blog je...

March 26, 2013 at 9:35 AM

takpeee leeyana. exam lagi penting. yang ni tengok ulangan kat astro pun takpe. hehehe. good luck with your exam :)

March 26, 2013 at 9:42 AM

sheila...
bestnyer sesekali dapat join mcm ni kan...
boleh tambah ilmu sekali...

March 26, 2013 at 9:45 AM

nory, heee. aah, nanti ada lagi insyallah sheila inform. boleh pergi sesama ye :)

March 26, 2013 at 11:59 AM

bestnya dapat p program mcm nii.. jauh pula mcm mna nak p.

March 26, 2013 at 12:13 PM

wah, best nye dpt tgk live..

March 26, 2013 at 12:15 PM

alhamdullilah syukur, jadi tetamu dalam majlis agama ni. ehh awak duduk mana? insyallah majlis sebegini akan ada di kawasan berdekatan dengan awak ;)

March 26, 2013 at 12:16 PM

alhamdullilah syukur. ayu, tengok kat tv pun best. terang. hehehe

March 27, 2013 at 12:12 PM

tak pergi pun. saya tgk live kat tv9. mmg sgt sgt ramai org yg hadir kan :)

March 27, 2013 at 12:24 PM

hehehe, takpe. mak buyung duk rumah je ya. heheh sgt ramai kak suria. nasib baik boleh bernafas dgn normal ♥

July 2, 2013 at 12:28 PM

best kan ceramah die..

Post a Comment