MEMPROSES SAYURAN DENGAN BETUL | norsheilasalleh.blogspot.com

MEMPROSES SAYURAN DENGAN BETUL

Assalamualaikum...
Sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada jenis makana yang perlu diambil bagi mendapatkan diet yang seimbang. Ini kerana ia mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin dan zat-zat galian.
Bagi memastikan sayur-sayuran yang dimakan berada dalam keadaan yang baik, segar dan mengandungi zat-zat makanan, ia perlu diproses secara betul sama asa ketika mencuci, menyediakan dan memasaknya.
* Apabila membeli sayur-sayuran, pilih yang masih segar, berwarna terang dan bentuknya elok.
* Pastikan segala bahan kimia dan kekotoran yang mungkin melekat padanya dibersihkan.
* Jangan rendam sayur-sayuran itu terlalu lama dalam air garam sebelum dimasak kerana ia boleh menyebabkan zat didalamnya hilang.
* Potong sayur-sayuran hanya ketika hendak dimakan atau dimasak. Kebanyakan sayur-sayuran akan kehilangan vitamin C apabila terdedah dengan udara dan kepanasan.
* Simpan sayur-sayuran di tempat yang sejuk dan gelap untuk menghalangnya daripada kehilangan vitamin.
* Jika ingin menyimpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk, ia hendaklah dalam keadaan segar. Simpan dalam bekas tertutup yang terletak di bahagian bawah peti sejuk. Sayur-sayuran berdaun hijau hendaklah dimasukkan ke dalam plastik yang berlubang.
* Sekiranya ingin menyimpan sayur-sayuran jenis berubi, simpan di tempat yang kering dan dingin. Jangan letakkan di atas lantai, terutamanya lantai simen.
* Masaklah sayur-sayuran secara kukus kerana ia dapat mencegah kehilangan vitamin B & C.
* Jika sayur-sayuran perlu dimasak dengan berkuah, gunakan kuah secara minimum. Biarkan air atau kuah mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkan sayur.
p/s : tolong abaikan jejari mari suamiku yang montel itu. kehkeh ;p
DICORET OLEH : 


24 comments

March 12, 2013 at 10:38 AM

Thanks share info..hahha jari tu memang funny..

p/s: harap bersabar ye..terlalu tide up dengan kerja dan juga now still recovering dari viral fever..

March 12, 2013 at 10:47 AM

sama2 kasih Kak Akmar. hehe jari tu pepoyo je. hahaha. insyallah kak, mudah-mudahan cepat sihat ye :)

March 12, 2013 at 11:10 AM

wahhhh...good tips ni. boleh dipraktikkan. kdg2 kita beli kat pasar malam je, balik terus simpan dlm fridge, x letak pun dlm bekas

March 12, 2013 at 11:16 AM

hehe. betul, sheila selalu tengok mak buat camni. skrg lepas baca ni, baru rasa nak buat juga. hehehe pasni bolehlah terapkan ye :)

March 12, 2013 at 12:17 PM

Nice tip.. ai like hehehehe

btw: waduhhhh terharunya mak.. tenkiuuu SHELLA sudi nak sponsor GA mak. ok mak akan masukkan Shella dalam LIST SPONSOR ya.. tenkiuuuu.. bila sponsor dah cukup mak akan maklumkan tarikh dan detail mengenai GA tu ya! tks again dear

March 12, 2013 at 12:34 PM

hehehehe my pleasure mak dara. hahaha. sheila sokong mak dara dari jauh ni. hehehe. ok, keep update your GA ♥

March 12, 2013 at 1:21 PM

tq dik, tips2 yag bagus ni !

March 12, 2013 at 1:24 PM

hehe, sama-sama kasih KA :)

March 12, 2013 at 2:43 PM

assalamualaikum shiela...perkongsian yg baik...:)

March 12, 2013 at 2:49 PM

waalaikumusalam kak masz. hehe. alhamdullilah syukur. semoga bermanfaat kepada semua :)

March 12, 2013 at 3:11 PM

Nak kekal segar dlm frezer simpan dlm freezermate Tupperware! kuikuikui..promote nmpak =p

March 12, 2013 at 3:12 PM

hehehe, betul gak kak nea. kalau nak oldskool cam sheila, bungkus dalam newspaper hahahahhaa :)

March 12, 2013 at 4:30 PM

Mak selalu pesan semua ni masa masak. Tapi kami adik beradik bukannya makan sayur sangat pun. Hehehe

March 12, 2013 at 4:32 PM

yeker? rugi tak makan sayur. sayur sedapp. hehe

March 12, 2013 at 4:52 PM

nory tak makan sayur...
sebab nory spesis "karnivor"...
hahhahaha...

March 12, 2013 at 4:54 PM

hahahhaa, karnivor? gerun dengor. hahaha. patutlah, makan yang heavy2 je nory ek. bambam :)

March 12, 2013 at 5:26 PM

Tq sharing dik.. :D

March 12, 2013 at 5:41 PM

my pleasure kak lynn :))

March 12, 2013 at 9:51 PM

tq bkongsi info n tips tsebut

March 13, 2013 at 10:05 AM

sama2 kasih QH. heheh :)

March 14, 2013 at 2:44 PM

tips mcm ni sgt berguna, lg pun melibatkan vitamin. nnt mkn syur sesaja, vitamin hlg akibat slh simpan dn slh masak. hehe. thx sheila ! hoho ok buat2 xnmpk tgn tu heee :D

March 14, 2013 at 2:53 PM

hehehe, terima kasih buat2 tak nampak tgn tu. hehehe. sila sebarkan ye sayangku :)

March 14, 2013 at 7:00 PM

Assalamualaikum tuan blog, thanks sebab share! :) Alahai comelnya jari hahahaa :P

March 14, 2013 at 7:04 PM

waalaikumusalam salwa. hee thanks sudi jenguk sini. hehe jari tu comelness. sayang kat tuan punya jari! hahahahah :)

Post a Comment