HUJUNG MINGGU YANG LEPAS | norsheilasalleh.blogspot.com

HUJUNG MINGGU YANG LEPAS

Assalamualaikum...
Entri ini memaparkan cerita basi hujung minggu yang lalu. Tak cool? haha. Lantak kau la nak cakap apa pun. Ini blog aku, aku punya cerita la ofcourse. hahahaha. Riadah yang tertunda dan lama tak buat seperti jalan-jalan di shopping mall, borong novel dan menonton filem berlaku secara spontan. Kalau tak kerana astro service down, agaknya tak keluar kot. hihi. Lama dah tak keluar berdua begini, bila suami cakap nak keluar jejalan laju aje isteri dia bersiap. hahaha serius si isteri happy yang amat. Bila suami kata nak cancel, isteri bajet cool. okey, dalam hati tak cool sangat. Muka fake, suami sengih. Pandai bergurau ye. Redha + pasrah. Kena pula time sampai dekat Brem Mall tu, cuaca agak mendung. Parking pun senang. Betul-betul depan pintu masuk. Syukur Ya Allah, kerana dipermudahkan urusan kami pada ketika itu.

Naik tingkat 10 dan tengok tiket wayang cerita Langgar. Ada lebih kurang 30 minit sebelum show. So pergi tingkat bawah, suami nak berurut kat kerusi urut tu. Alah, yang masukkan rm1 dapat 3 minit diurut oleh kerusi robot. Suami aku pantang jumpa kerusi urut ni, laju je minta duit kecil. haha. Bagi aku, sedap lagi diurut secara tradisional eventho aku penggeli orangnya, kannnn. Auww! Pastu aku ditinggalnya depan kedai buku. Haaa kawan-kawan yang duduk berhampiran Brem Mall, 50% untuk novel dan buku-buku tu still valid lagi tau. Kan haritu aku ada buat entri book sales 50%. Aku rasa sampai hujung bulan ni. Sorry aku lupa lagi nak check tarikh sebetulnya sampai bila. My bad (=_=')

Then, terbeliak biji mata masa masuk satu kedai barang elektronik seperti computer dan sebagainya. Sekarang ni kitorang tengah usha PC untuk pakai kat rumah. Model Lenova ni macam televisyen tau. CPU dia terus dipasang belakang monitor. Pastu boleh stand macam frame gambar. Memang real comel! Warna putih pulak tu. Aku sempat berangan-angan tu. Suami pun komen suka. I am triple like. Terus semat dalam otak, set mind. Set target. Siap mohon kebenaran nak snap gambar pc tu. Amoy tu baik betul melayan kitorang. Thank you amoy! Lenova, akan ku dapatkan kau, ahhaahhahaahhaahhaa! Cam gelak jahat pulak.
sheila shahfiekry
insyallah, akan ku beli kau!
sheila shahfiekry
termasuk pula gambar suami, hihi ^^
Cerita Langgar tu tak berapa nak dihayati sebenarnya kerana spek mata aku dah rosak.Nampak sipi-sipi je. hahaha. Harapkan suara pelakon-pelakon je. redha kuasa dua dah ni. Suka gak cerita ni, tak menggunakan sangat perkataan lu gua lu gua dalam dialog. Tapi bab gaduh, bunuh-bunuh terpercik darah ni, rasa nak pitam pun hado. hahahahahah. Silalah jangan tengok kalau tak berani. hihi. Overall, aku happy jalan dengan suami. Feeling cam pakwe makwe la. Tapi yang bestnya,dapat pahala. Siapa tanak kumpul pahala kan. hehe :)

18 comments

April 27, 2013 at 8:01 AM

haaa beli jgn tak beli...

April 27, 2013 at 10:28 AM

Waaa bestnya...Mummy masih pakai laptop yang lama. Teringin juga nak beli baru. Tapi....ongkos tak cukup. Heee~

April 27, 2013 at 5:55 PM

wah sempat jugak menyinggah2 tygk laptop baru yer hehehe!

April 27, 2013 at 9:42 PM

Dah snap gambar...makna dah tak tahan nak beli ler tu..kikiki

April 27, 2013 at 10:59 PM

"Feeling cam pakwe makwe la. Tapi yang bestnya,dapat pahala. Siapa tanak kumpul pahala kan. "

:: jeles kita :p

April 28, 2013 at 6:25 PM

alaa..xsyokla kalo xmghayati sheila..^_^

April 29, 2013 at 10:17 AM

insyallah. target nory. menabung dengan jayanya. ihihih ;p

April 29, 2013 at 10:18 AM

untung kak akmar still pakai. saya punya dah hilang 2 tahun. sampai sekarang tak beli yang baru. hahahaha insyallah, menyimpan duit skrg nak beli target :)

April 29, 2013 at 10:18 AM

hehe KA, tak pernah2 nak membeli barang elektronik camni. tetiba lalu nampak murah. geram terus ;p

April 29, 2013 at 10:19 AM

kahkahkah abg hanif bijak sekali! tahu2 je maksud disebaliknya ye. kihkih ;p

April 29, 2013 at 10:20 AM

hehe. ain. sabar ye. nanti bulan 11 ni dah boleh kumpul pahala. ihihihihi ;p

April 29, 2013 at 10:21 AM

hahaha terpaksa shida. kita tak ingat kita dah takda spek. gentle je keluar dengan suami. hahaha. rugi bayar tiket (^____^)

April 29, 2013 at 1:23 PM

ida pun dari dulu sampai ke sekarang aim nak beli lappy tapi tak terbeliii.. asikkk berjalan je kije nyee... duit ke lain.. hahahahhaa

April 29, 2013 at 1:55 PM

kahkahakh, kira oklah ida dah ada pc. kat rumah sheila tu harapkan tab je nak main internet tau. nak update blog semua dekat ofis. teruk kan sheila? hahahah takpe pasni rajin2 menyimpan tau :)

April 29, 2013 at 6:48 PM

cerita langgar tu beslah kak=) wah feeling jln pakwe makwe haruslah pgang tgn kan,,haha

April 30, 2013 at 2:18 AM

berangan pulak sarah bile cter romantik2 ngan suami nie..hehe.. tak pernah tengok lagi Langgar tu.. macam nak tengok plak rasenya

April 30, 2013 at 11:01 AM

haha best ek? peeja kan kaki wayang. dah tengok ek? hihi akak tak rasa best sebab tak nampak sangat dik oii. hahaha sengal tak? hihi

April 30, 2013 at 11:02 AM

takyah tengok la sara. tak best sangat pun. kalau sam yang berlakon confirm meletup. haha. sara kawin la cepat, baru senang nak amik feel suami isteri tu :)

Post a Comment