PROSES MOHON TANAH - DAERAH KLUANG (PALOH) | norsheilasalleh.blogspot.com

PROSES MOHON TANAH - DAERAH KLUANG (PALOH)

Assalamualaikum...
Minggu lepas, keluarga mertua da ingatkan kami supaya balik kampung. Ada urusan tanah yang perlu kami buat. Hari isnin tu aku dengan suami mohon cuti extra, sebab nak kena hadiri ke Pejabat Urusan Tanah di Kluang. Pagi lagi aku dah pack pakaian semua sebab nak terus balik KL lepas daripada siap urusan tanah tu. Sampai kat sana je, kami semua terkejut. Memang ramai gila orang beratur. Ada dua barisan. Barisan yang pendek sikit nak amik borang. Senang je nak amik borang ni. Yang penting show off your indentity card aka IC korang dengan confident mestilah anak jati Johor. Pastu pilih nak kediaman,kedai atau pertanian. Seorang cuma boleh amik 2 borang yang berlainan sahaja.
sheila shahfiekry
beratur panjang wehhh =.='
Mula aku ikut abang ipar beratur kat barisan panjang untuk submit borang tersebut. Borak dengan pakcik belakang line tu, dia kata memang boleh je kalau orang lahir kat Johor, nak try mohon. Apa lagi, aku berdesup ikut suami beratur. hahaha. Aku dapat satu borang je, yang suami tak dapat tadi. Ingat kan aku cerita ada 3 jenis borang, seorang boleh pilih 2 sahaja? heee.

Sedikit info tentang permohonan tanah :-

Pejabat Tanah Daerah Kluang menawarkan 600 lot kediaman di kawasan Ladang Felcra Sungai Sepuloh, Paloh untuk penduduk disekitar daerah tersebut bermula 8 - 19 April (jam 11.30 pagi) 
Jabatan kerajaan membuka pemohonan ke atas 82 lot tapak pertanian dan 62 lot tapak kedai seluas satu hingga dua ekar di atas kawasan yang sama. 
Permohonan ke atas lot tanah akan diberi keutamaan kepada penduduk daerah yang tinggal disekitar 16 kilometer daripada tapak yang ditawarkan.
Kawasan tapak tanah tersebut merupakan Tanah Rezab Melayu dan pembukaan tanah tersebut bertujuan untuk membuka sebuah lagi perkampungan Melayu berhampiran dengan Pekan Paloh.
Sesi temuduga secara tertutup dan kelulusan ke atas permohonan akan diberitahu dengan segera.

sheila shahfiekry
lampiran wajib disertakan
sheila shahfiekry
banyak gila nak isi borang
sheila shahfiekry
gambar tapak tanah yang dah dibahagikan
sheila shahfiekry
antara gambar tapak tanah yang dah dibahagikan
Dek kerana terik yang melampau dan kami berkejar nak balik KL. Kami siap-siap isi borang, bagi segala lampiran yang diperlukan. Sambil tu makan tengahari. heee. Settle je semua, running beli tiket bus. For the first time dapat seat paling depan. Perghh excited semua! Siap layan movie The Impossible tau. Baiknya driver bas ni, menghiburkan hati penumpangnya. hahahaha.
DICORET OLEH : 

10 comments

April 17, 2013 at 4:14 PM

Dekat Kluang! Nape akk xtau nie.. kalau akk tau nak jugak akk balik haritu.. uhuhuhu

April 17, 2013 at 4:19 PM

wahh .. untung ler. teringat mcm proses beli rumah hari tue... huhuhh

April 17, 2013 at 4:39 PM

akak tak tahu ke? cepat balik kampunggg, rugi kalau tak try mohon!

April 17, 2013 at 4:40 PM

heee,awak pun untung. dah dalam proses beli rumah kan. kita baru je nak mohon...

April 17, 2013 at 4:43 PM

ni untuk orang johor je ke yang boleh apply...
orang key ell tak leh mohon ek...
bestnyaaa dapat tanah free..

April 17, 2013 at 4:53 PM

yang, johor je boleh. hehehehe. ehh ni bukan free tau. bayar tapi murah sikit lah.nhehehehe

April 18, 2013 at 11:13 PM

yeke... naek bas bila naik kl xpernah dipasang apa2.. kdg2 radio pon tutop. hehe. 2jam je ke KL.

April 19, 2013 at 9:43 AM

hahaha selalu dengar radio je. pun best gak. ni rezeki dapat tengok cd. duduk depan pulak. kecoh bas tu dek kami hahahahhaa ;p

April 19, 2013 at 2:50 PM

zana rasa dah lama giler x naik bas..hehehe..

wah, lps ni dpt beli rumah la yunk.. syok!

April 19, 2013 at 3:07 PM

hahaha kitorang memang selalu naik bas. malas nak drive. hehehe. insyallah. sheila harap permohonan ini lulus. heee :)

Post a Comment