TRIP TO USS - HOTEL BAJET TERMURAH | norsheilasalleh.blogspot.com

TRIP TO USS - HOTEL BAJET TERMURAH

Assalamualaikum...
Berdebu draft dalam blog ni, terlalu banyak diperap buat pekasam. hahahaa. Sebelum aku lupa langsung nak publish, baik aku up. hahahha. Dah nak basi cerita honeymoon trip kitorang tu. Ida, Nory, Mila, Yaya siap buat episod bagai. Aku je mood dah kelaut. Tak larat nak cedok idea, serius lately keadaan kat ofis buat aku pening. Tolonglah kesian kat aku...(=.=')
sheila shahfiekry
Hotel Culture City Inn
Walaupun rancangan ini last minit, kitorang semua jenis tak kisah punya. Sebab kitorang fikir, sampai je Johor nanti bolehlah rehat sejam dua kan sebelum naik bas ke USS tu. Hanya 3 jam diperlukan untuk kami sampai ke sini daripada KL. Aku taktaulah abg Mcdee dengan Syafiq speed bape tinggi, sampai nak singgah minum pun tak dapat. hahahaha. *sampai hati yaya & ida, hahahahha*
Tak berapa nak luas pun bilik isteri-isteri ni. Memang jalan, bergeser punggung punyalah. hahaha. Kitorang dapat bilik Triple Room, ada satu queen bed dengan satu single bed. Untuk bilik ini, aku tak rekomen langsung. Panas gila, air-cond macam tak berfungsi. Pastu rimas sebab tingkap kecik pun tak membantu. Mujur kami redhaaaaaaaaaaaaa. Bantal dengan cadar berbau hampeh. Memang stok untuk orang terdesak macam kitorang aje ;p
sheila shahfiekry
Triple Room = rm 55 je
sheila shahfiekry
Family Room = rm65 
Heyy abang Mcdee ni.. Dia punya posing, macam ini katil ana yang punyaaaaa, tahu? hahaa. Beliau tidur sekatil dengan my abang sayang. Manakala Andi dengan Syafiq sekatil tidak sebantal. Eh? hahahahha. Bilik untuk para suami yang dikasihi ini adalah Family Room, ada 2 queen bed. Confirm puas lah diorang tidur situ. Takpe-takpe, cik abang kitorang sporting. Yang ni highly recommended :)
sheila shahfiekry
Ini bilik air (Family Room) punya besar seganda daripada kami punya bilik. Boleh bayangkan? Pitam aku teringat balik betapa sesaknya kami berempat masa tu. Vahvah. Syukur alhamdullilah, semuanya ok. Takda kena ketuk pintu pagi buta. Smooth je tidur, kohkoh. Yang peliknya, aku sekatil dengan Ida dengan Mila. Yaya tidur single. Sedar-sedar Mila dengan Yaya bertukar tempat. Mujur aku tak terperanjat besar!
sheila shahfiekry
Mila, Ida, Yaya dan aku
Bini K-Pop! hahaha. Muka tak cukup tidur, waaaaa sejam je lelap mata. Ni semua sebab berborak. Lepas bye, sambung cerita lagi. Tak habis ceritanya, aku terus krooohhhhhh zzZzzz...
Info : 
Triple Room (bilik isteri)
RM 55 bahagi 4 orang =RM 13.75
Family Room (bilik suami)
RM 65 bahagi 4 orang = RM16.25
Link : Booking.com
Alamat :
Hotel Culture City Inn
No.5, Jalan Jaya 2, Taman Jaya,
81300 Skudai, Johor
No.tel : 07-5547277 / 07-5547281
Apapepun, bersyukur sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun bilik murah, berbaloi lah dengan bayarannya. Sepasang suami isteri cuma bayar rm30 aje. hahahhaa. REDHA ;p
DICORET OLEH : 

7 comments

April 20, 2013 at 11:41 PM

hehe..berbaloi lar tuh..

April 22, 2013 at 9:11 AM

mmg berbaloi baloi lor

April 22, 2013 at 11:16 AM

hehe memang berbaloi untuk orang terdesak cam kitorang ni husna. hehhee :)

April 22, 2013 at 11:16 AM

hehe betul tu kak izan. nanti bawa mia jejalan USS ye :)

April 24, 2013 at 11:40 AM

kena pndai carik hotel budjet cmni lah,hehhehe bru save

April 24, 2013 at 11:49 AM

pandai pun peeja. hehehe nanti ajak family masuk USS tau. best :)

July 2, 2013 at 3:02 PM

jelesnyer tgk geng2 ni bercuti.huhu

Post a Comment