30 KEAJAIBAN BERSELAWAT | norsheilasalleh.blogspot.com

30 KEAJAIBAN BERSELAWAT

Assalamualaikum...

Jumaat yang dirahmati, mari sama-sama kita tingkatkan berselawat kerana banyak syafaat dan manfaat yang diperolehi setiap kali berselawat. Jom perbaiki diri ke arah lebih baik, insyallah :)


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

kredit : kak Akmar

DICORET OLEH :

29 comments

January 25, 2013 at 11:07 AM

=) semoga ramai dapat memanfaatkan faedah berselawat ni. InsyaAllah

January 25, 2013 at 11:14 AM

terima kasih kak Akmar, insyallah semoga ramai yang akan berselawat dengan lebih bersungguh-sungguh :)

January 25, 2013 at 11:24 AM

TQ for droping ur comment here!

January 25, 2013 at 12:13 PM

ALHAMDULILLAH.. PERKONGSIAN YANG AMAT BERMAKNA.. SAYA BARU BACA SEDIKIT, NANTI DATANG BACA LAGI.. INSYAALLAH..

January 25, 2013 at 12:15 PM

Kena byk2 berselawat x kira bila2 pun.. Tq sharing dear :D

January 25, 2013 at 12:17 PM

nice entri...memang banyak kelebihan jika kita kerap berselawat....amin

January 25, 2013 at 1:10 PM

Alhamdullilah syukur, jemput singgah lagi fairus ye. semoga bermanfaat kepada semua :)

January 25, 2013 at 1:11 PM

Alhamdullilah, betul tu kak. insyallah, rajin2 berselawat tak kira masa. my pleasure sis :)

January 25, 2013 at 1:12 PM

alhamdullilah. terima kasih mentari minda. subhanallah, banyak sgt kelebihan dalam Islam :)

January 25, 2013 at 1:48 PM

Salam..
thnks 4 sharing...insyaallah sentiasa amalkan.
tq sudi singgah blog akak.

January 25, 2013 at 2:21 PM

sama2 lah kite amalkan....=)

January 25, 2013 at 2:27 PM

Alhamdullilah, insyallah berterusan ye amalkan ini. hehe. my pleasure kak nea lopah. hehe. memang nama unik macam ni ke reka2 je? hee

January 25, 2013 at 2:27 PM

insyallah nory :)

January 25, 2013 at 2:49 PM

insyaAllah kita sama2 amalkan ye :)

January 25, 2013 at 2:51 PM

mudah-mudahan, kita mengamalkannya secara berterusan :)

January 25, 2013 at 3:01 PM

Alhamdulillah, banyak sungguh manfaat berselawat. tinggal diri kita sahaja untuk mengamalkannya.. thanks share kelebihan berselawat nie.. mmg tak tahu

January 25, 2013 at 3:04 PM

Alhamdullilah syukur, membawa manfaat kepada kawan2 blogger. pasni boleh amalkan selalu ye sara. most welcome :)

January 25, 2013 at 3:10 PM

you're sharing a very good info here.
kalau yg membaca will take note of dis dan seterusnya mempraktikkan berselawat sebanyak yg mungkin...you dapat bahagian pahala yg tak terhingga besarnya.
neway, thx for sharing sis.

January 25, 2013 at 3:29 PM

alhamdullilah, semoga rakan2 yang singgah baca sini mempraktikkan dlm kehidupan seharian. berlumba2 untuk berselawat dan perbaiki diri sendiri utk dunia dan akhirat :)

*my pleasure redrose!

January 25, 2013 at 3:59 PM

Alhamdulillah..perkongsian yg menarik nie..hihii..sy da follow blog nie..kalau sudi jom follow sy ye!

January 25, 2013 at 4:06 PM

Syukur, terima kasih Rieyn Anna sudi jenguk sini. sheila jenguk blog Rieyn Anna juga ye :)

January 25, 2013 at 4:31 PM

subhanallah,.. terima kasih sheila kongsi artikel ni, rasa macam bertambah smgt nak selawat.. fdhilatnya mmg berbalik pd kt sebenarnya kan ? Allah..indahnya Islam.. Sollu 'Alaih :)

January 25, 2013 at 4:36 PM

alhamdullilah syukur. semoga bermanfaat kepada kita semua. Sama2 kasih mar sayang!

January 25, 2013 at 4:40 PM

bagus entry ni, bukan tatau, tapi alpa...so adanya entry ini, macam alarm clock la, berfungsi untuk kejutkan atau ingatkan balik kita yang terlupa...huhuhuhuhu

January 25, 2013 at 4:44 PM

alhamdullilah syukur. semoga bermanfaat kepada semua. betul tu, memang boleh mengingatkan kita pada dunia dan akhirat. heee :)

January 25, 2013 at 4:46 PM

alhamdulillah.. ilmu bertambah lg.. tQ shiela..

January 25, 2013 at 4:49 PM

syukur alhamdullilah. sama2 kasih tenku butang. sama2 kita tambah ilmu lagi :)

January 29, 2013 at 8:42 PM

Sama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi kita Muhammad SAW..In Shaa ALLAH shufaat Beliau bersama kita...

January 30, 2013 at 1:09 PM

Insyallah kak, terima kasih ya jenguk sini.

Post a Comment