Assalamualaikum...
Aku pun pelik, dan bingung! Apa yang lain macamnya pun aku kurang pasti. Ohh mungkin aku dah tak luahkan sangat segalanya kat sini macam dulu. Dulu, hari-hari outing, hari-hari updated what is happening! Tapi sekarang, semua yang aku tulis, aku cover sikit-sikit. Cerita hal rumahtangga takleh masuk sini. Bab2 gaduh ke, maki orang ke memang tak perlu update dekat blog. Kita kena pandai jaga hati orang.
Ada kisah pernah terjadi dulu. Aku pernah terkantoi sekali, gaduh dengan seorang kawan ni. Pastu aku luahkan dekat blog. Yang peliknya camne ntah ada orang lain yang baik hati sampaikan link entri aku maki tu dekat orang tersebut. Apa lagi kau, bergaduh besar aku dengan orang tu. Bukan seorang, dua-dua sekaligus!
Yang penting, korang kena blogging dengan menimbang cara perasaan orang yang membaca dan singgah blog korang. Even personal matter, jangan sesekali update dekat blog. Boleh bawa 'something bad' dekat korang.
Sekian, aku malas nak typing memanjang!
DICORET OLEH :
16 comments
betul tu..sama dgn sy dulu mula2 bblog, umpama diary..tp skrg dh jadi lain sbb dh sedar bblog ni bkn utk tatapan sndiri tp dimata umum jgk..kekadsng bhaya jg tu..hihi
salam. lama tak bersua . dulu saya punbuat online diary tapi ada seseorang yang membuat fitnah dari penulisan itu .
salam sheila, mar pernah ada krisis dgn kwn baik dulu. pasal blogging jgk, ms tu mar dn kwn2 lain xtahu n xpndai pn psl blog2 smua ni, yg kwn ni sk luah kat blog, n terrrkutuk ktorg.. hehe then kantoi, apa lg .. haha tp tu cte lma, ktorg pn dh berbaik.. mmg kena hati2 menulis, jgn men hentam je silap hb jd kes polis lg bahaya :)
# tapi kalau nak buat online diary boleh je,, buat yg private.. biar org tertentu je boleh baca. lagi selamat ^^
ELOK KALAU HAL-HAL RUMAHTANGGA YANG PERSONAL DAN SENSITIF JANGAN DICERITAKAN DI BLOG.. KADANGKALA IA MENGAIBKAN DIRI KITA SENDIRI DALAM KEADAAN KITA TIDAK SEDAR..
Huh...takutnya dgr cerita tu..sya org baru dalam blog..harap2 tidak melakukan kesilapan pada semua...
yeap true mama_saly! sheila belajar daripada kesilapan tu. skrg dah fokus blogging hal semasa je. kadang2 selit gak yang lain. hihi :)
Yang! hee. lama tak jumpa. hehehe. kita kena belajar daripada kesilapan kan? takpelah yang penting kita dah tak ulang lagi hal yang sama :)
yeker? ada kes sama hal lah kita ek. hehehe. skrg blogging pun boleh main saman malu. waaa takutnya sheila.
setuju cakap fairus! sheila pun harap blogger lain tak masukkan personal matter dalam blogging. bahaya! thanks for advised fairus :)
takpelah hussin. kalau kita tak buat salah, nak takut buat apa kan. just chill and rileks. btw selamat datang ke dunia blogger hussin :)
betul tu nak publish kena berhati hati sebab skrg ni hampir semua org ada blog kompom kompom akhirnya akan sampai kepada yang dimaksudkan kan kan kan
betul tu mak dara. hehehe. daripada internet ni lah lagi senang nak tersebarnya segalanya. hihi :)
*via ipad ker? hehe
setuju tu dik non... kalau pasal gaduh2 ke maki2 tak baik d luahkan disini sebab kadang2 kita tak tau sapa yg baca blog kita ni.
tahu takpe. kadang2 blogger pun tak hengat dunia nak maki2 org, org yang baca pun boleh sentap dgn ayat2 yang dikarangnya. most important, played save when u're writing. peace kak nea lopah ♥
kadang2 terlepas pandang jgk..
lagi pun medium yang betul kan ada.hihi..:D
betul tu tiqa ..